Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Isu perenang S'pura ambil dadah: Teong mohon maaf kepada keluarga, rakan

Sep 30, 2022 | 06:44 AM



PERENANG negara, Teong Tzen Wei , yang baru-baru ini mengaku menggunakan dadah, telah memohon maaf kepada keluarga, rakan perenang dalam skuad negara dan Persatuan Renang Singapura (SSA).



Bercakap menerusi kenyataan yang disampaikan oleh SSA, Teong, 24 tahun, berkata:



"Ini sesuatu yang amat saya kesali dan sebagai atlet peringkat elit, saya seharusnya lebih tahu. Saya terima hukuman yang dikenakan ke atas saya dan saya faham sebagai atlet negara, saya perlu mematuhi kod tatalaku yang diperuntuk bagi semua atlet yang mewakili Singapura. Saya berazam menjadi atlet lebih baik dan bangkit lebih kukuh daripada perkara ini."



Teong telah mencatatkan keputusan baik sepanjang tahun ini.



Beliau melayakkan diri ke final Kejohanan Dunia, memenangi pingat perak di Sukan Komanwel dan menjadi perenang terpantas di Asia Tenggara.



Dalam kenyataannya kelmarin, agensi sukan negara, Sport Singapore (SportSG), berkata Teong telah mengaku mengambil dadah semasa di luar negara dan ia telah melengkapkan reviu dalaman ke atas perkara itu.



Teong adalah perenang negara ketiga tahun ini - selepas Joseph Schooling dan Amanda Lim pada bulan lalu - yang mengaku menggunakan dadah.



SportSG berkata Teong, Schooling dan Lim telah diberikan surat amaran dan sokongan SportSG telah digantung sebulan kerana mereka tidak mematuhi perjanjian atlet.



Ini bermakna ketiga-tiga atlet tidak akan menerima geran bantuan latihan dan akses kepada kemudahan seperti perkhidmatan sains sukan dan perubatan sukan dalam tempoh sebulan bermula 1 Oktober.



Teong yang merupakan penerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Biasiswa Spex), juga akan ditarik balik sokongan biasiswanya selama sebulan.



President SSA, Mark Chay, berkata persatuan itu mempunyai pendirian sifar toleransi berhubung penggunaan dadah, tetapi perenang terbabit tidak seharusnya dipulaukan dari masyarakat kerana kesilapan mereka.



Beliau berkata:



"Ketiga-tiga perenang sedar akan kesilapan mereka dan telah menunjukkan mereka menyesal... mereka menerima padah akibat perbuatan mereka itu.



"Lebih penting lagi, persatuan ini sedang mengorak langkah... sebagai masyarakat renang untuk bangkit dari perkara ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >