MEXICO CITY: Piala Dunia 2026 akan melabuhkan tirainya dengan perlawanan akhir di stadium Liga Bola Sepak Nasional (NFL) di New Jersey, Amerika Syarikat.

Namun, kejohanan itu akan membuka tirai di sebuah gelanggang ikonik bola sepak dunia, yang menyaksikan dua pemain terhebat sepanjang zaman pernah mengecap detik kemuncak kegemilangan mereka.