Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jalin kerjasama luar negara demi tingkat prestasi badminton S’pura

Feb 20, 2024 | 05:24 PM



Fujian adalah tempat di mana Lin Dan, yang dianggap ramai sebagai pemain badminton hebat, dilahirkan dan membina bakatnya di salah satu akademi terbaik di China.

Persatuan Badminton Singapura (SBA) berharap satu kerjasama dengan wilayah China itu, dan persekutuan nasional terbaik yang lain, akan meningkatkan taraf sukan badminton di sini.

Pada malam anugerah dan gala yang diadakan di hotel, Fairmont Singapore pada 19 Februari, presiden SBA, Lawrence Leow berkata satu perjanjian dengan Fujian telah ditandatangani pada November 2023.

Satu memorandum persefahaman (MOU) dengan Persatuan Badminton Thailand dan Persatuan Badminton Korea akan turut ditandatangani dalam beberapa bulan akan datang, lapor akhbar, The Straits Times (ST).


Beliau menarik perhatian bagaimana prestasi pemain terkemuka Singapura, Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min, bertambah baik selepas kunjungan ke Thailand dan Korea Selatan, di mana mereka masing-masing berlatih dengan juara dunia Kunlavut Vitidsarn dan An Se-young, sebelum menyertai kejohanan baru-baru ini.

Leow berkata: “Percubaan ini menunjukkan hasil menggalakkan, oleh itu kami memutuskan untuk mengadakan aturan ini secara rasmi.

“Program pertukaran dua hala dengan beberapa pasukan badminton terbaik ini akan membolehkan pemain kita berlatih dan bersaing dengan pemain terbaik dunia.”

Pemain nombor 19 dunia, Yeo menghargai kem latihan ‘holistik’ beliau selama dua minggu di Seoul pada November 2023, yang menyediakan pemakanan, rehat, pemulihan dan latihan untuknya.

Loh yang menduduki tempat ke-11 pula, meraih manfaat daripada satu latihan fokus di Bangkok pada Januari 2024, di mana beliau berlatih sehingga lapan jam sehari dalam tiga sesi bermula 7 pagi.

“Latihan lebih panjang ini membolehkan saya membuat perubahan pada permainan saya, manakala latihan pendek memberi saya peluang sparring (dalam perlawanan) bermutu tinggi,” ujar Loh.


Leow menyatakan, kerjasama itu tidak terhad kepada pasukan senior.

Beliau berkata: “Kami berharap lebih ramai pemain junior, antaranya bakat paling cerah kita, boleh memulakan perjalanan badminton mereka melalui program pertukaran sebegini, yang akan membawa kepada pembentukan satu pasukan kuat dan menjadi tulang belakang untuk masa depan badminton Singapura.”

Terdapat juga berita baik bagi perkembangan badminton di Singapura.

Arena Badminton Singapura di Guillemard – nama asal bagi Dewan Badminton Singapura, akan dibuka pada separuh kedua 2024 selepas tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan masalah bumbung bocor di dewan utama.

Ia akan menempatkan Pusat Penggalakan Badminton (BPC) yang akan membangun dan mengekalkan sekumpulan bakat dalam SBA.

Leow berkata, SBA memberi sumbangan sekitar $2.5 juta untuk membaik pulih kemudahan itu, yang akan menempatkan 12 gelanggang badminton dengan kemudahan tempat duduk untuk 1,300 penonton.

Gelanggang tersebut kelak boleh disewa oleh orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >