Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK PRAMUSIM

Jaring gol lawan Spurs detik istimewa bagi Shawal Anuar

Jul 27, 2023 | 03:53 PM



Gol yang dijaringkan beliau semasa menentang kelab Liga Perdana England (EPL) Tottenham Hotspur di Stadium Negara kita terpahat di mindanya.

Malah, bagi Shawal Anuar, yang dijaringkan dalam jersi Lion City Sailors itu antara detik paling manis dalam kerjayanya.

Walaupun Sailors akhirnya tewas 5-1 pada Rabu, Shawal telah mencatat sejarah dan memberi peluang kepada penyokong Sailors di kalangan 25,095 penonton di stadium untuk bersorak gembira.

Shawal, 32 tahun, berkata:

“Ia adalah perasaan gembira bagi saya, salah satu detik terbaik dalam kerjaya saya untuk menjaringkan gol menentang pasukan besar seperti ini.

“Sebelum setiap perlawanan, Max (Lestienne) akan memberitahu saya untuk berlari sahaja, dan beliau berjanji akan membuat hantaran kepada saya. Jadi saya berlari ke dalam kotak penalti dan kebetulan bola jatuh di hadapan saya dan saya menjaringkan gol.”

Pemain sayap asal Belgium itu menepati janjinya pada minit ke–14 apabila beliau memberikan satu hantaran silang kepada Shawal yang kemudian menguis bola melepasi garisan gawang dan meletakkan Sailors di depan.

“Saya sangat gembira dan apabila peminat bersorak, saya tidak dapat mendengar dan telinga saya bak tersumbat,” tambah Shawal.

Lestienne berkata: “Dalam latihan, jurulatih meminta saya bermain dari pertengahan padang dan cuba membuat hantaran kepada Shawal kerana kita tahu beliau sangat pantas dan boleh mencerobohi garisan pertahanan.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Shawal kerana saya tahu ke arah mana beliau mahu berlari. Saya tidak terkejut dengan golnya... dan saya sangat gembira untuknya kerana beliau berhak mendapatnya.”

Sebelum ini, Shawal telah menjaringkan lapan gol dalam 19 penampilan, yang termasuk hanya tujuh permulaan dalam Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini.

Shawal berkata: “Saya akan cuba mengekalkan konsistensi saya setiap perlawanan dan bermain seperti yang dimahukan oleh jurulatih. Jika saya mempunyai peluang untuk bermain, saya pasti akan menjaringkan gol, jadi saya hanya perlu membina momentum saya.

“Mungkin ini akan membina keyakinan saya dan juga keyakinan pasukan dan sekarang kami perlu memberikan tumpuan kami semula kepada SPL.”

Perlawanan persahabatan menentang Spurs juga merupakan persiapan baik untuk Sailors, yang bakal memulakan kempen Liga Juara–Juara Asia mereka pada September.

Ia memberi peluang untuk menyepadukan pemain baru seperti Rui Pires, Bailey Wright dan Richairo Zivkovic ke dalam pasukan.

Mengulas tentang pemain tersebut, Shawal berkata: “Ini sangat penting – bermain dengan semua pemain asing dan bagaimana kami bergaul antara satu sama lain dan juga membantu antara satu sama lain dari bahagian pertahanan, bahagian tengah kepada penyerang hingga ke penjaga gawang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >