Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bintang Spurs bersiap untuk pertemuan dengan Sailors

Jul 25, 2023 | 6:58 PM
BERTEMU PEMINAT: Para pemain Spurs mempunyai jadual kegiatan yang padat pada Selasa termasuk sesi bertemu peminat sebelum sesi latihan terbuka sebagai persiapan bagi perlawanan menentang Lion City Sailors malam Rabu.
BERTEMU PEMINAT: Para pemain Spurs mempunyai jadual kegiatan yang padat pada Selasa termasuk sesi bertemu peminat sebelum sesi latihan terbuka sebagai persiapan bagi perlawanan menentang Lion City Sailors malam Rabu. - Foto ST

Mereka sudah biasa dengan lawan yang terdiri daripada bintang-bintang bola sepak dunia seperti Marcus Rashford, Mohamed Salah dan Erling Haaland.

Malam Rabu ini, lawan mereka bukanlah bintang-bintang sedemikian, tetapi para pemain kelab Lion City Sailors, yang bersaing dalam liga profesional setempat, Liga Perdana Singapura.

Namun, para pemain Tottenham Hotspurs tetap mengambil serius persiapan mereka berdasarkan latihan yang dijalani dalam sesi latihan terbuka lewat petang Selasa.

Latihan di Stadium Negara itu disaksikan para penyokong setia kelab tersebut, yang ghairah melihat idola mereka seperti Harry Kane dan Son Heung Min beraksi.

Sesi latihan terbuka itu merupakan antara kegiatan dalam jadual padat Spurs di Singapura pada Selasa.

Awal sebelum itu, beberapa pemain termasuk Pierre-Emile Hojbjerg, Ivan Perisic, Japhet Tanganga, Manor Solomon dan Harvey White telah menghadiri sesi bertemu peminat anjuran HSBC di Pusat Konvensyen Sands Expo.

Perlawanan antara Spurs dan Sailors itu akan berlangsung pada 7.30 malam Rabu sebagai sebahagian daripada Singapore Festival of Football Driven by CDG Zig.

Tiket-tiket boleh didapatkan di https://premier.ticketek.com.sg/shows/show.aspx?sh=SFFUM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg