Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jaringan kapten bantu AS ikat Belanda 1-1

Jul 27, 2023 | 3:58 PM
PERSAINGAN SENGIT: Pemain Amerika Syarikat Emily Ann Fox (kiri) melepaskan diri daripada terkaman pemain Belanda Kristen Anne Mewis semasa perlawanan Piala Dunia Wanita di New Zealand.
PERSAINGAN SENGIT: Pemain Amerika Syarikat Emily Ann Fox (kiri) melepaskan diri daripada terkaman pemain Belanda Kristen Anne Mewis semasa perlawanan Piala Dunia Wanita di New Zealand. - Foto EPA-EFE

WELLINGTON: Kapten pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat, Lindsey Horan, menjadi penyelamat pasukannya setelah menyumbatkan gol penyamaan dalam perlawanan Piala Dunia Wanita menentang Belanda yang berakhir 1-1.

Dalam perlawanan kedua Kumpulan E pada Khamis di Stadium Daerah Wellington itu, Belanda membuka tirai gol hasil pemain terbaru Manchester City, Jill Roord, pada minit ke-17, sebelum Amerika menyamakan kedudukan.

Dua pasukan ini berentap pada peringkat akhir kejuaraan 2019, yang menyaksikan Amerika menjadi juara dengan kemenangan 2-0.

Walaupun merupakan salah satu pencabar utama edisi kali ini, Amerika terkial-kial untuk memecahkan pertahanan Belanda.

Amerika hampir menggandakan kedudukan dengan rembatan kencang Trinity Rodman tetapi ia ditepis penjaga gawang Daphne van Domselaar.

Sungguhpun berkongsi mata, Amerika kekal di tangga teratas Kumpulan E diikuti oleh Belanda disebabkan perbezaan gol.

Menyusuli perlawanan ini, Amerika bakal berhadapan dengan Portugal manakala Belanda akan berentap dengan Vietnam pada Selasa. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg