Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA BOLA SEPAK WANITA

Jerman unggul, benam Maghribi 6-0

Jul 25, 2023 | 04:59 PM



Jerman memulakan kempen Piala Dunia Wanita dengan bergaya apabila kapten Alexandra Popp menjaringkan dua gol untuk menewaskan pasukan Maghribi yang pertama kali beraksi, di Melbourne.

Ia merupakan kemenangan selesa buat pasukan kedua terkuat dunia Jerman, yang merupakan pilihan utama untuk mengungguli Kumpulan H.

Penyerang Popp, yang tidak diturunkan dalam perlawanan akhir Euro 2022 kerana kecederaan, mencipta rekod dengan dua tandukan cantik pada separuh masa pertama.

Klara Buhl menerpa bola lantunan sejurus selepas separuh masa untuk menambah gol Jerman, sebelum pemain Maghribi Hanane Ait el Haj dan Yasmin Mrabet menerkam gawang mereka sendiri pada kesempatan berasingan.

Jerman terus mengasak apabila pemain gantian Lea Schuller menambah gol keenam, merembatnya ke gawang kosong selepas serangan balas pantas di sebelah kanan.

Ia adalah persembahan yang mantap daripada pasukan Martina Voss-Tecklenburg kerana mereka mencipta banyak peluang dan kelihatan tajam ke hadapan, merembat tiang gawang dua kali dan satu gol tidak disahkan kerana ofsaid.

Walaupun kehilangan pemain utama Lena Oberdorf dan Marina Hegering akibat kecederaan, Jerman mengekalkan rekod cemerlang mereka di peringkat kumpulan pertandingan itu, hanya tewas sekali dalam 25 perlawanan.

Maghribi, salah satu daripada lapan pasukan yang membuat penampilan sulung Piala Dunia tahun ini, mengancam buat seketika, tetapi mereka tidak mempunyai sentuhan penyudah yang baik untuk menjaringkan gol.

Dengan beberapa negara besar Eropah kurang mempamerkan permainan cemerlang dalam perlawanan pembukaan mereka, Jerman mengambil peluang dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai salah sebuah pasukan pilihan.

Mereka “mengganas” dalam melakukan serangan dan jaringan gol Popp pada permainan separuh masa pertama, merangsang pasukan Jerman bermain dengan lebih cantik sepanjang perlawanan itu.

Popp menyertai Sophia Smith dari Amerika Syarikat dan Hinata Miyazawa dari Jepun sebagai satu-satunya pemain yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan mereka.

Maghribi, yang berada di kedudukan 70,jauh lebih rendah daripada Jerman, tidak pula seburuk yang digambarkan bilangan gol yang diterimanya dalam perlawanan ini, kerana mereka memberikan tekanan ke atas Jerman dalam serangan-serangan balasnya.

Penyerang Tottenham, Rosella Ayane, adalah seorang pemain dengan kepantasannya, manakala kapten Ghizlane Chebbak menguji penjaga gol Merle Frohms beberapa kali.

Tetapi Jerman menunjukkan keunggulan mereka pada saat-saat apabila ia penting dan dengan mudah boleh menambah jumlah jaringan mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >