Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jaringan King, yang tidak dibenarkan, dipilih gol terbaik Fulham Ogos

Sep 11, 2025 | 3:16 PM
Football, bola sepak, EPL, Liga Perdana England, Fulham, Josh King
Pemain Fulham, Josh King, meraikan gol yang kemudian tidak dibenarkan, dalam perlawanan menentang Chelsea pada 30 Ogos di Stamford Bridge. - Foto REUTERS

LONDON: Pemain tengah Fulham berusia 18 tahun, Josh King, mungkin mendapati gol pertamanya dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) ditolak, disebabkan keputusan kontroversial oleh Video Pembantu Pengadil (VAR) pada Ogos.

Namun, tendangan beliau dalam perlawanan menentang Chelsea itu, dipilih sebagai gol terbaik kelab tersebut bagi Ogos, menurut kelab tersebut pada 10 September.

King berlari dari separuh padangnya sendiri untuk mengejar hantaran jauh oleh Sander Berge dan terus menyerbu ke kawasan Chelsea, menewaskan pemain pertahanan, Tosin Adarabioyo, sebelum membuat rembatan rendah yang deras ke penjuru bawah gawang.

“Fakta bahawa beliau menerima 83.1 peratus undian menunjukkan betapa istimewanya detik itu, yang sepatutnya menjadi satu kenangan manis,” menurut Fulham.

Kegembiraan pemain dan penyokong kelab itu selepas King menjaringkan gol tersebut tidak bertahan lama apabila semakan VAR mendapati pemain Fulham, Rodrigo Muniz, telah memijak kaki pemain pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah, sebelum gol tersebut dijaringkan.

Pada ketika itu, perlawanan masih 0-0, tetapi Chelsea akhirnya menang 2-0, lapor Reuters.

Ketua badan induk pengadil, Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Berhad (PGMOL), Howard Webb, berkata keputusan untuk tidak membenarkan gol tersebut adalah salah, dan campur tangan VAR adalah satu kesilapan.

King telah menjadi sebahagian pasukan Fulham sejak beliau menyertai akademi kelab tersebut pada usia lapan tahun.

Beliau membuat penampilan pertama dalam EPL pada Disember 2024.

Beliau telah beraksi sebagai pemain utama dalam semua tiga perlawanan liga Fulham musim ini. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg