PIALA DUNIA WANITA
Jepun temu Amerika dalam final
Jul 03, 2015 | 05:30 AM
EDMONTON (Canada): Gol sendiri pada detik-detik terakhir perlawanan oleh pemain pertahanan England, Laura Bassett, membuka laluan kepada Jepun menempah tempatnya di final Piala Dunia Wanita dengan kemenangan 2-1 di sini semalam.
Wakil Asia itu yang juga merupakan juara bertahan Piala Dunia ini akan bertemu dengan juara dua kali, Amerika Syarikat, dalam final di Vancouver pada Ahad ini.