Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jobe serba salah ikut jejak abang di Dortmund

Aug 6, 2025 | 2:47 PM
jobe bellingham, piala dunia kelab fifa 2025
Jobe Bellingham licik mengawal bola semasa perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Kelab Fifa 2025 antara Borussia Dortmund dengan CF Monterrey pada 1 Julai 2025. - Foto: AFP

BERLIN: Jobe Bellingham mengakui pada 5 Ogos bahawa beliau mempunyai “kebimbangan” untuk mengikut jejak langkah abangnya, Jude, selepas menyertai Borussia Dortmund pada musim panas.

Jobe, 19 tahun, dua tahun lebih muda daripada Jude, yang menyertai Real Madrid pada 2023 selepas tiga tahun di Dortmund.

Jude, pemain tengah pasukan England, telah muncul sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Jobe pula menyertai Dortmund pada Jun dari Sunderland selepas pasukan itu layak naik ke Liga Perdana England (EPL).

Jobe mengakui beliau memahami persepsi yang mungkin timbul menjelang perpindahan ke Jerman.

“Ia sesuatu yang anda fikirkan.

“Anda mempunyai kebimbangan ini, terutamanya saya, kerana saya masih muda,” kata Jobe kepada pemberita di kem pramusim Dortmund di Austria.

“Saya tidak sempurna. Saya memang memikirkan perkara ini, tetapi itu bergantung pada kelab yang meyakinkan saya bahawa perkara ini tidak akan memberi kesan kepada saya.

“Ini adalah keputusan yang saya buat dan ia untuk diri saya sendiri.

“Perjalanan saya bukan untuk orang lain memahaminya,” tambah Jobe.

Beliau membuat penampilan pertamanya di Dortmund dalam Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat, menjaringkan satu gol dan menyumbang bantuan dalam empat perlawanan.

Seperti yang dilakukannya di Sunderland, beliau memakai nama pertamanya, Jobe, di belakang jersinya dan bukan nama belakangnya untuk mengelakkan perbandingan dengan adik-beradiknya.

Jobe berkata abangnya amat berbangga, lalu memeluknya apabila beliau mengetahui Jobe akan menyertai Dortmund, tetapi menambah “perbualan kami biasanya tidak begitu serius”.

Pemain tengah itu, yang biasanya memainkan peranan yang lebih mendalam daripada abangnya, berkata beliau “tidak mahu menjadi bintang... saya tidak mahu menjadi watak besar di luar padang”.

“Apabila saya bermain, saya hanya mahu menjadi salah seorang pemain berprestasi tinggi dan menundukkan kepala saya,” kata Jobe.

Dortmund membuka musim mereka di Essen pada pusingan pertama Piala Jerman pada 18 Ogos. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg