Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jonny Evans umum bersara daripada bola sepak antarabangsa

Aug 29, 2024 | 2:52 PM
Jonny Evans (kiri) bersama jurulatih Manchester United, Erik ten Hag. Evans mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa setelah berkhidmat kepada negaranya sejak 2006 ketika masih berusia 18 tahun.
Jonny Evans (kiri) bersama jurulatih Manchester United, Erik ten Hag. Evans mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa setelah berkhidmat kepada negaranya sejak 2006 ketika masih berusia 18 tahun. - Foto EPA-EFE

BELFAST: Ketua pasukan Ireland Utara, Jonny Evans, 36 tahun, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada 28 Ogos, selepas 107 penampilan.

Pemain pertahanan Manchester United itu memenangi perlawanan terakhirnya bersama pasukan negaranya menentang juara Eropah Sepanyol dalam perlawanan persahabatan pada Jun.

Evans membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 6 September 2006 ketika masih berusia 18 tahun.

“Selepas berfikir dan menimbangkan perkara dan selepas 18 tahun, saya rasa sekarang adalah masa sesuai untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa,” kata Evans dalam satu kenyataan, sambil menyatakan kemaraan Ireland Utara ke peringkat 16 pasukan terakhir pada kejohanan Eropah 2016 sebagai acara kemuncak.

“Memakai jersi nasional sebanyak 107 kali dan mewakili rakyat Ireland Utara adalah penghormatan terbesar saya.”

Evans membuat pengumuman sehari sebelum pengurus Ireland Utara, Michael O’Neill, mengumumkan skuadnya bagi perlawanan Liga Negara-Negara minggu depan bagi menentang Luxembourg dan Bulgaria. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg