Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jordan Henderson tinggalkan Saudi lepas enam bulan untuk sertai Ajax

LIGA PRO SAUDI
Jan 19, 2024 | 03:38 PM



LONDON: Pemain tengah England Jordan Henderson telah menandatangani kontrak dengan pasukan Belanda Ajax Amsterdam, setelah menamatkan kontraknya dengan kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq, selepas hanya enam bulan.


Demikian menurut kedua-dua kelab itu pada 18 Januari.

Sebelum ini, Henderson menandatangani kontrak tiga tahun dengan Al-Ettifaq selepas 12 tahun bermain bagi kelab Liga Perdana Liverpool.

“Saya sedih untuk mengatakan saya akan meninggalkan Al-Ettifaq berkuat kuasa serta-merta.

“Ia bukan satu keputusan mudah tetapi saya rasa ia adalah yang terbaik untuk diri dan keluarga saya,” ujar Henderson di wadah media sosial X.

“Saya ingin berterima kasih kepada kelab ini dan peminat bagi sokongan mereka selama ini.

“Saya benar-benar merasai kasih sayang dari hari pertama. Saya akan terus menonton dan mengharapkan kejayaan anda. Selamat maju jaya pada masa hadapan,” tambahnya.

Dengan bekas kapten Liverpool dan England Steven Gerrard sebagai jurulatih, Henderson membuat 17 penampilan dalam Liga Pro Saudi sebagai pemain Al-Ettifaq, yang berpangkalan di Dammam dan menduduki tempat kelapan dalam liga itu.


“Ajax telah mencapai persetujuan dengan Jordan Henderson mengenai pemindahannya ke Amsterdam,” kata Ajax dalam satu kenyataan.

Al-Ettifaq berkata kelab itu dan Henderson “secara bersama bersetuju” untuk menamatkan kontrak itu.

Perpindahan itu berlaku pada hari sama Gerrard, 43 tahun, melanjutkan kontraknya dengan Al-Ettifaq selama dua tahun lagi hingga 2027.

Penyertaan Henderson dalam kelab Arab Saudi itu, dengan gaji amat lumayan dan sedang Arab Saudi mengharamkan gaya hidup homoseksualiti, dikritik oleh kumpulan peminatnya kerana beliau telah sekian lama menjadi penyokong komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ+).

Oktober lalu, pemain tengah itu diejek oleh peminat apabila beliau muncul bagi England dalam perlawanan persahabatan menentang Australia di Stadium Wembley.

Pemindahan Henderson ke Ajax berlaku sedang kelab Belanda itu menduduki tempat kelima dalam ranking Eredivisie, 23 mata di belakang PSV Eindhoven yang berada di tempat pertama.

Henderson mengetuai Liverpool merangkul kejuaraan liga England pertama mereka dalam 30 tahun pada 2020, setahun selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >