Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Salah tetap unggul, Liverpool benam Newcastle 4-2

Jan 02, 2024 | 03:22 PM



LIVERPOOL: Dengan jangkaan jaringan tertinggi dalam sejarah Liga Perdana England (EPL) dan percubaan tepat pada sasaran tertinggi untuk musim ini, Liverpool menemui rentak permainan mereka dan menjelma sebagai pencabar trofi EPL utama.


Selepas musim pemindahan yang sibuk, apabila mereka terpaksa membina semula bahagian pertengahan dengan pemergian Fabinho dan Jordan Henderson, ini bermakna pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak jangkakan bahawa pasukannya akan berada di tempat teratas EPL pada permulaan 2024.

Namun, hanya dengan satu kekalahan dalam 20 perlawanan, itulah hakikatnya.

Kemenangan 4-2 atas Newcastle memberi Liverpool kelebihan tiga mata atas pasukan tangga kedua, Aston Villa.

Mereka mendahului lima mata atas juara bertahan Manchester City dan Arsenal.

“Terdapat banyak musim Liga Perdana, tetapi saya tidak ingat banyak musim yang mendebarkan seperti apa yang kami ada sekarang, dengan banyak pasukan bersaing untuk trofi EPL,” kata bekas pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, kepada media.

“Mereka berpotensi menjadi juara hanya kerana kedudukan mereka. Pengurus mereka merupakan seorang yang sangat hebat dan tahu bagaimana untuk melakukannya dan mereka mempunyai tiga atau empat pemain yang sangat hebat juga,” kata bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville.

Tidak ganjil bahawa Mohamed Salah berjaya bangkit semula selepas terlepas sepakan penaltinya untuk menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-2 atas Newcastle.

Separuh masa pertama tidak menghasilkan sebarang gol, tetapi Salah menjaringkan gol pada minit ke-49 dan menjaringkan penalti pada minit ke-86 untuk mendapatkan gol liga perdana ke-151 beliau di Liverpool.

“Ini contoh yang sangat baik. Dengan lebih banyak gol yang anda ada, anda lebih biasa terlepas peluang untuk menjaringkan gol, anda lebih memahami bagaimana anda harus terus usaha, dan jika perlu, kekal perbaiki diri dan menggunakan keadaan dengan lebih baik. Inilah apa yang Mo (Salah) lakukan,” kata Klopp kepada wartawan.

Namun, kini Liverpool menghadapi cabaran untuk bermain beberapa perlawanan tanpa Salah yang akan ke Piala Negara Afrika bersama negaranya, Mesir.

Peringkat akhir kejohanan tersebut adalah pada 11 Februari. Jika Mesir berjaya mara ke peringkat akhir, Salah akan terlepas lapan perlawanan untuk Liverpool jika mereka mara ke pusingan seterusnya di Piala FA.

Ini termasuk perlawanan menentang Arsenal di Piala FA pada 8 Januari, dan di liga perdana pada 4 Februari.

Terdapat juga perlawanan peringkat separuh akhir Piala Carabao menentang Fulham dan perlawanan liga perdana menentang Bournemouth, Chelsea dan Burnley.

Salah merupakan penjaring tertinggi Liverpool dengan 18 jaringan dalam semua pertandingan musim ini.

Beliau juga menyumbang lapan umpanan (assist) untuk pasukannya.

Tidak dinafikan Salah merupakan kehilangan besar untuk pasukan Klopp, tetapi mereka pernah tetap beraksi dengan baik tanpa beliau pada masa lalu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >