Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jose Mourinho dipecat

Dec 19, 2018 | 05:30 AM



PENGURUS kelab Manchester United Jose Mourinho telah dipecat - dua setengah tahun selepas mula memimpin kelab itu sebagai pengurus.



Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata: "Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Jose atas usahanya di Manchester United dan mengucapkan selamat berjaya kepadanya di masa hadapan.



"Pengurus sementara akan dilantik sehingga akhir musim ini, sementara kelab mencari pengurus baru sepenuh masa menerusi proses pelantikan yang rapi."



Bekas pemain United Ole Gunnar Solskjær difahami dilantik sebagai pengurus sementara.



Mourinho dipecat beberapa hari selepas United tewas 3-1 kepada seteru tradisi Liverpool dalam perlawanan liga di Anfield, melanjutkan musim Liga Perdana England yang mengecewakan bagi kelab tersebut.



Ia kini ketinggalan 19 mata di belakang Liverpool yang berada di puncak liga.



Bahkan, peluang United meraih tempat keempat - dan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah di musim hadapan - turut terancam.



United juga hanya memenangi satu dalam enam perlawanan liga, termasuk dua seri dengan kelab yang dianggap lemah Southampton dan Crystal Palace.



Namun, media Britain berkata, lembaga dan pemilik kelab itu juga telah hilang sabar dengan cara Mourinho menyusun pasukan, yang kini dianggap terlalu bersikap bertahan dan tidak selari dengan tradisi menyerang yang sering dikaitkan dengan United sebelum ini.



Mourinho juga telah membelanjakan sekitar £400 juta ($695 juta) untuk membeli 11 pemain sepanjang tempohnya sebagai pengurus.



Beliau dijangka diberi wang pampasan tidak melebihi £15 juta. - Agensi



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




"Pengurus sementara akan dilantik sehingga akhir musim ini, sementara kelab mencari pengurus baru sepenuh masa menerusi proses pelantikan yang rapi."
- Kenyataan kelab Manchester United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >