Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Joseph Schooling akan sertai Triatlet Profesional Terbuka Asia di Marina Bay

Jul 18, 2023 | 03:25 PM



Setelah berenang sekolam dalam acara sukan bersama pemenang 23 pingat emas, Michael Phelps di Rio, Brazil, bekas juara Olimpik Singapura Joseph Schooling akan bersaing pula di perairan Marina Bay dalam pertandingan bersama pemenang pingat emas Tokyo 2020 acara triatlon, Kristian Blummenfelt.

Schooling, 28 tahun, mengumumkan pada Isnin penyertaannya dalam pasukan relay bagi acara 100 kilometer (km) triatlon “amatur berpengalaman” pada 19-20 Ogos ini, bagi sesi Singapura dalam Kejohanan Terbuka Asia Pertubuhan Triatlet Profesional (PTO).

Beliau akan menyertai bahagian renang 2 km triatlon, yang turut melibatkan perlumbaan berbasikal 80 km dan lari sejauh 18 km di sekitar kawasan Marina Bay.

Schooling berkata dalam laman Instagram: “Ini adalah kali pertama perlumbaan triatlon diadakan di Singapura dan kali pertama juga bagi saya menyertai pertandingan di perairan terbuka.

“Saya tidak boleh nafikan yang saya gementar tapi gementar yang baik.”

Schooling yang telah memenangi 29 pingat emas Sukan SEA akan disertai oleh 14 orang bekas dan atlet negara sekarang daripada pelbagai sukan, seperti pelari maraton Ashley Liew dan pelumba basikal yang baru bersara, Calvin Sim, lapor The Straits Times.


Sim, yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 berkata:

“Ini satu pengalaman yang menyeronokkan, bertanding di bandar sekali lagi dan saya sangat menantikan untuk memanjat Jambatan Sheares dan ini adalah satu cabaran baru.

“Saya seronok membuat persiapan bagi perlumbaan ini dan saya pasti ia akan menjadi satu kenangan buat semua peserta.”

Blummenfelt, yang akan menyertai kategori profesional, telah mengesahkan penyertaannya pada Mei. Warga Norway ini akan ke Singapura untuk pertandingan yang menawarkan hadiah AS$600,000 ($793,000) sebagai sebahagian daripada jadualnya termasuk acara triatlon di dua negara dalam masa 10 hari.

Atlet berusia 29 tahun itu baru-baru ini menduduki tempat keempat dalam perlumbaan di Kejohanan Relay dan Pecut Triatlon Dunia, di Hamburg.

“Saya belum pernah ke Singapura, tapi sudah saya bayangkan pertandingan sengit di sini, sudah tentu, saya akan tiba sehari sebelum pertandingan. Tapi itu tidak bererti saya belum bersedia untuk bertanding atau menyertainya di sebuah bandar yang saya dengar amat menarik.

“Berenang di perairan Marina Bay, berbasikal merentasi Jambatan Sheares sambil melihat Merlion merupakan pengalaman istimewa,” kata Blummenfelt.

PTO turut menganjurkan perlumbaan dwitlon serentak dengan acara Music Run, yang akan melaungkan lagu-lagu kegemaran peserta.

Acara ini telah menarik penyertaan 300,000 pelari bagi 42 acara di 13 negara sejak 2014. Pendaftaran untuk menyertai acara ini boleh dibuat melalui https://themusicrun.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >