Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Joseph Schooling buat pelaburan dalam dana penjagaan kesihatan, AI

Nov 21, 2018 | 05:30 AM



MASA yang dihabiskan berlatih bagi mencapai impian renangnya merupakan pelaburan terbesar beliau sejauh ini.



Namun, ia tidak menghalang juara Olimpik Joseph Schooling daripada menebar sayapnya dengan bekerjasama dengan dana pelaburan berpangkalan Singapura, East Ocean Ventures (EOV).



Perenang berusia 23 tahun itu memilih membuat pelaburan besar pertamanya dalam sektor penjagaan kesihatan dan kecerdasan buatan (AI) itu, umum EOV kelmarin lapor The Straits Times .



Ia berputik dengan Schooling dan Pengasas EOV Encik Nicholas Tan mengadakan perbualan akan minat mereka terhadap potensi pertumbuhan pasaran penjagaan kesihatan China dalam masa terdekat.



EOV telah ditubuhkan pada 2015 dan senarai pelaburannya termasuk beberapa syarikat berpangkalan China dalam bidang inovasi penjagaan kesihatan.



Schooling baru sahaja kembali ke Singapura pada 12 November untuk bersaing dalam kejohanan renang Piala Dunia di sini, yang telah selasai pada Sabtu lalu.



Beliau memenangi dua pingat gangsa dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu dan renang berganti-ganti 4x50 meter rampaian, sekali gus mencatat rekod kebangsaan baru bagi acara 50 meter gaya kupu-kupu dan 50 meter gaya kuak lentang.



Rabu lalu, beliau kembali ke Amerika Syarikat bagi menghabiskan pengajiannya di Universiti Texas di Austin, sebelum pulang ke Singapura untuk persiapan Olimpik 2020 di Tokyo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >