Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jude Bellingham bintang Real dalam kemenangan 2-1 ke atas Napoli

Oct 4, 2023 | 7:33 PM
RAI KEMENANGAN: Jude Bellingham menjaringkan gol dan membantu menewaskan juara Italy, Napoli.
RAI KEMENANGAN: Jude Bellingham menjaringkan gol dan membantu menewaskan juara Italy, Napoli. - Foto AFP

NAPLES (Italy): Jude Bellingham meningkatkan statusnya sebagai pemain Real Madrid bertaraf bintang setelah menjaringkan gol, sekali gus membantu Real menewaskan juara Italy, Napoli, di Stadium Diego Armando Maradona dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.

Pemain tengah England itu membawa bola dari jarak 36 meter, menyerbu ke dalam pertahanan ketiga Napoli dan terus melalui garisan belakang sebelum melepaskan rembatan ke sudut kanan untuk memberi pasukannya mendahului 2-1 pada separuh masa, lapor BBC.

Pemain pertahanan, Leo Ostigard, sebelum itu meletak Napoli di hadapan pada minit ke-19, dengan bertindak pantas untuk menanduk masuk selepas percubaan Natan kembali selepas terkena palang.

Bagaimanapun, Vinicius Jr menyamakan kedudukan untuk Real apabila beliau dibolosi dengan gol oleh Bellingham.

Pada babak kedua, kerja keras Napoli berbaloi apabila Piotr Zielinski menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Pengadil Clement Turpin pada mulanya tidak memberikan penalti apabila sepakan Victor Osimhen disekat oleh Nacho Fernandez.

Tetapi, menyusuli pemeriksaan pada video penolong pengadil (VAR), pegawai Perancis itu diberitahu untuk melihat sekali lagi pada monitor sebelah padang dan beliau membatalkan keputusannya.

Real meraih kemenangan ketika permainan hanya tinggal 10 minit apabila rembatan Federico Valverde terkena palang dan masuk melalui belakang penjaga gol Alex Meret.

Dalam perlawanan lain, Bayern Munich mengalahkan FC Copenhagen 2-1; Sevilla seri dengan PSV Eindhoven 2-2; Inter Milan mengalahkan Benfica 1-0; Sporting Braga mengalahkan FC Union Berlin 3-2; dan Real Sociedad mengalahkan FC Red Bull Salzburg 2-0. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg