Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia 2018

Jurulatih Iran kecam VAR selepas Ronaldo elak kad merah

Kumpulan A: Uruguay, Russia layak ke pusingan 16 terakhir, walau Russia dibelasah Uruguay 3-0.
Kumpulan B: Sepanyol, Portugal mara dari pusingan kumpulan selepas masing-masing seri perlawanan terakhir
Jun 26, 2018 | 11:28 AM



 





SARANSK (Russia): Jurulatih Iran Carlos Queiroz berkata kapten Portugal Cristiano Ronaldo bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil, selepas insiden itu diteliti melalui analisi video, dalam perlawanan Piala Dunia antara kededua negara yang berkesudahan 1-1.



Portugal bertemu Uruguay dalam pusingan 16 terakhir selepas muncul sebagai naib juara Kumpulan B, tetapi Quieroz bertegas bahawa Ronalso layak diperintah keluar padang selepas sikunya hinggap di wajah pemain pertahanan Iran Morteza Pouraliganji.



“Saya enggan berakap banyak… ia negara saya dan pemain dari negara saya. Saya tahu, akan wujud peperangan menentang saya nanti, kata Queiroz, yang memimpin Portugal dalam Piala Dunia 2010.



“Namun, adalah realiti,  anda menghentikan permainan untuk sebab VAR (pengadil penolong dengan video), untuk meneliti sama ada wajah pemain disiku secara sengaja. Perbuatan ini dihukum dengan kad merah, mengikut undang-undang. Ia tidak mengecualikan sesiapa, walau nama pemain (Lionel) Messi atau Ronaldo…”



“Sebelum ini, kita menerima kesilapan… ia sebahagian permainan. Pemain, jurulatih dan pengadil melakukan kesilapan,” kata Queiroz.



“Tapi kini, kita mempunyai sistem (VAR) yang berharga lumayan. Ia menggunakan teknologi tinggi dan dipantau lima, enam orang. Tapi apa yang berlaku? Tiada sesiapa yang bertanggungjawab.



“Kita perlu bertindak seperti ragbi. Apabila ada keputusan yang diambil menggunakan VAR, saya perlu tahu apa yang dikatakan pengadil, orang perlu tahu apa yang diperkatakan. 



"Justeru, pendapat saya adalah, Encik Infantino (Presiden Fifa, Gianni) dan Fifa, bahawa semua pihak bersetuju VAR tidak dilaksanakan dengan baik,” tambah Queiroz.



“Itulah realitinya, ada banyak aduan!”



Keputusan perlawanan yang berakhir 1-1 itu bermakna Sepanyol, yang seri 2-2 dengan Maghribi dalam satu lagi perlawanan, muncul sebagai juara Kumpulan B.



Awal dari itu, dalam perlawanan Kumpulan A,  gol bersejarah yang dijaringkan Mo Salah tidak mampu mengelak memberi Mesir mata pertama di Russia, selepas Arab Saudi bangkit selepas ketinggalan untuk menewaskan Mesir 1-2.



 



Uruguay pula menunjukkan taring dengan membelasah tuan rumah Russia 3-0. Luis Suarez dan Edison Cavani menjaringkan gol bagi Uruguay, dengan pemain Russia Denis Cheryshev menjaringkan gol sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >