Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Jurulatih kecergasan dilantik terap latihan serupa skuad bola sepak

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



KEMAHIRAN dan ketangkasan pemain sepak takraw nasional akan diuji sewaktu sesi latihan dengan harapan ia dapat membantu meningkatkan lagi mutu persembahan mereka ketika bertanding.



Ini dilakukan dengan menerapkan kaedah latihan yang sama yang digunakan oleh kelab bola sepak tempatan.



Sesi latihan ini dikendalikan oleh dua jurulatih kekuatan dan kecergasan yang dilantik Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) baru-baru ini sebagai salah satu langkah perubahan yang diambil badan pentadbir sukan itu.



Kedua-dua jurulatih tersebut - Muhammad Danial Feriza Padzli dan Muzhaffar Shah Mohd Mydin - mempunyai pengalaman sebagai ahli fisio bersama kelab bola sepak Liga Perdana Singapura (SPL).



Bagi Danial, 26 tahun, pengalaman yang ditimba itu, termasuk pengetahuan yang diperolehi menerusi ijazah pengurusan sukan, diharap dapat memajukan lagi prestasi skuad sepak takraw negara.



Sebagai bekas pemain sepak takraw yang pernah mewakili Singapura di Sukan SEA sebelum kecederaan serius memaksanya mengundurkan diri, Danial, yang kini bertugas sebagai ahli fisio di Geylang United, akur bahawa latihan yang dikendalikan dahulu gagal memberi tumpuan kepada tahap kecergasan dan pemulihan pemain.



"Jika dulu, pada setiap sesi latihan kami perlu berlari beberapa pusingan di sekitar gelanggang sebelum memulakan latihan.



"Selepas itu, selalunya kami akan lakukan yang asas seperti memperbaiki teknik kami. Pemain juga kerap mengalami kecederaan selepas setiap perlawanan," kata Danial, yang juga anak Padzli Othman, pembantu jurulatih skuad negara.



Justeru, beliau mengemukakan beberapa saranan kepada Perses untuk meningkatkan lagi mutu latihan dan prestasi pemain.



Antaranya melakukan senaman memanaskan badan dan renggangan otot dan juga menyediakan khidmat urut badan dan terapi jika diperlukan.



Dari segi latihan pula, mereka menekankan senaman intensif tinggi dengan menggunakan pelbagai peralatan senaman baru berdasarkan teknologi dan sains sukan.



Latihan ini akan dikendalikan oleh Muzhaffar, 25 tahun, pembantu fisio bersama pasukan Lion City Sailors.



Meskipun kurang sebulan bersama skuad sepak takraw negara, beliau kagum dengan penerimaan setiap pemain terhadap kaedah latihan kecergasannya.



"Latihan sebegini mungkin baru bagi sesetengah pemain, tetapi saya gembira kerana mereka tetap memberi kerjasama serta komitmen tinggi kepada latihan dan mereka tidak pernah mengeluh.



"Ini memudahkan lagi tugas saya," ujarnya.



Ditanya apakah yang ingin dicapai bersama pasukan sepak takraw negara, kedua-dua Danial dan Muzhaffar berkata mereka berharap dapat meraih manfaat dari apa yang mereka lakukan ini.



"Matlamat utama adalah agar mereka dapat beraksi cemerlang di pertandingan antarabangsa dan membawa pulang pingat," kata Muzhaffar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >