Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jurulatih warga Singapura Akbar Nawas diiktiraf jurulatih terbaik Liga India

Mar 24, 2019 | 6:15 PM
DIIKTIRAF: (Dari kiri) Jurulatih Chennai City Akbar Nawas bersama pemain penyerang Jozef Kaplan dan penolong jurulatih K. Balagumaran menyambut dengan trofi Liga India.
DIIKTIRAF: (Dari kiri) Jurulatih Chennai City Akbar Nawas bersama pemain penyerang Jozef Kaplan dan penolong jurulatih K. Balagumaran menyambut dengan trofi Liga India. - Foto IHSAN AKBAR NAWAS

JURULATIH warga Singapura Akbar Nawas telah diiktiraf sebagai jurulatih terbaik Liga India selepas berjaya memimpin pasukan Chennai City merebut gelaran juara sulung mereka awal bulan ini.

Pasukan India itu memenangi tujuh daripada 10 kategori semasa upacara penyampaian anugerah dan trofi Liga India di Taj Corramandel di Chennai Rabu lalu (20 Mac).

Akbar menerima Anugerah Jurulatih Terbaik Syed Abdul Rahim sementara pemain import Chennai - Roberto Eslava, Nestor Jesus Gordillo dan Pedro Manzi - masing-masing diiktiraf sebagai pemain pertahanan, midfield dan forward Liga India yang terbaik.

Akbar dan pembantunya K. Balagumaran diiktiraf kerana berjaya mengubah Chennai daripada sebuah pasukan corot musim lalu sehingga menjadi juara tahun ini.

Akbar, 43 tahun, berkata anugerah itu hasil usaha pemainnya yang menjalankan tugas masing-masing dengan baik di padang untuk memenangi liga tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg