JURULATIH warga Singapura Akbar Nawas telah diiktiraf sebagai jurulatih terbaik Liga India selepas berjaya memimpin pasukan Chennai City merebut gelaran juara sulung mereka awal bulan ini.
Bekas jurulatih Tampines Rovers Akbar Nawas telah mencipta sejarah sebagai jurulatih bola sepak pertama dari Singapura yang memimpin pasukan menjuarai liga profesional di luar Asia Tenggara.