ROME: Bekas penyerang Italy dan juara Piala Dunia, Alessandro Del Piero, membuat peminat Juventus membuai impian apabila mengumumkan pada 20 Mei bahawa beliau memperoleh Lesen Pro UEFA, membuka peluang untuk suatu hari nanti menjadi jurulatih kelab itu.
Del Piero yang menghabiskan 19 musim bersama Juventus dan memenangi enam gelaran Serie A serta Liga Juara-Juara, menamatkan kursus kejurulatiahan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Italy (FIGC) di Coverciano, Florence.
“Mulai hari ini, anda boleh memanggil saya ‘Tuan’,” kata Del Piero dalam catatan media sosial.
Terima kasih kepada FIGC dan semua pembimbing yang menemani saya dalam kursus ini, saya berterima kasih kepada semua orang yang tampil bekerjasama dan berkongsi dengan saya perjalanan latihan penting ini,” tambahnya.
Del Piero mengikuti kursus tersebut di Pusat Teknikal Coverciano – pusat latihan yang terkenal di seluruh dunia kerana kualiti struktur dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Pusat tersebut masih merupakan salah satu pusat sukan paling terkenal dan berprestij di dunia.
Dihargai terutamanya oleh pakar dan peminat, ia juga dipanggil “Universiti Bola Sepak”dan rumah Pasukan Kebangsaan Italy”.
Del Piero masih wira di kelab yang ditinggalkannya pada 2012, dan pengumuman pemain berusia 50 tahun itu disambut dengan banyak komen daripada peminat Juventus yang mencari idola mereka supaya pulang ke tanah air.
Apabila Del Piero meninggalkan Juventus, kelab itu mahu beliau bersara daripada memakai jersi nombor 10-nya, tetapi pemain itu menolak tawaran itu dan berkata beliau mahu kanak-kanak lain dapat bermimpi untuk memakainya suatu hari nanti.
Juventus belum memenangi Scudetto sejak sembilan gelaran berturut-turut berakhir pada 2020. Awal musim ini ia memecat Thiago Motta sebagai jurulatih dan menggantikannya dengan bekas pemain lain, Igor Tudor.
Igor Tudor menyifatkan pasukannya berada dalam keadaan teruk ketika mula mengambil alih tugas selaku jurulatih Juventus dan mereka kini kekal dalam proses penambahbaikan menjelang kunjungan ke laman AS Roma untuk aksi Serie A.
Juventus yang berada di kedudukan kelima liga dan hanya tercicir satu mata di belakang Bologna. Ia tampak bergelut untuk memastikan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara. – Reuters
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg