Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kalah perlumbaan tapi pikat hati ramai

Aug 29, 2023 | 03:49 PM



Walaupun mengakhiri perlumbaan itu di tempat terakhir, keazaman seorang budak sekolah warga Malaysia untuk menghabiskan perlumbaan itu telah menambat hati mereka yang menyaksikan percubaannya itu.

Dalam satu video yang telah ditonton sebanyak 650,000 kali, Aqil Naufal Zahiran, berusia 11 tahun dilihat sedang bersiap sedia di garisan permulaan untuk perlumbaan 100 meter itu dengan dua tongkat.

Dia mengambil bahagian dalam kejohanan atletik sekolah untuk pelajar berpendidikan khas di Jerantut,Pahang, menurut The Straits Times.

Sementara empat pesaingnya telah lari jauh mendahuluinya , Aqil dilihat mengambil langkah satu persatu, sambil seorang wanita yang dikatakan sebagai gurunya dapat dilihat berlari bersebelahannya di luar balapan.

Sebagai abang kepada seorang adik, Aqil memberitahu Metro Harian Malaysia bahawa dia kehilangan kakinya pada 2015 akibat jangkitan kuman.

Aqil akui bahawa dia rasa gementar sebelum perlumbaan pada Rabu lepas kerana dia rasakan bahawa ramai akan memerhatikannya dalam acara itu.

Aqil berkongsi bahawa dia berjaya menghabiskan empat hari latihan dan berazam untuk menghabiskan perlumbaan itu.

“Saya mengambil bahagian buat kali pertama dan saya malu berdiri sebelah pesaing yang lain. Namun, saya tetap teruskan walaupun seluar saya hampir terjatuh kerana saya fikirkan bahawa saya akan menghabiskan perlumbaan itu tidak kira apa yang terjadi,” kata Aqil.

Aqil juga rasa lega dan gembira apabila beliau sampai di garisan penamat, terutamanya apabila gurunya mengucapkan tahniah kepadanya.




@faridkamaruddin18

Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat. #luarbiasa #ppki #fyp

♬ Jangan Pernah Menyerah - Arnas19😸



Gurunya, Cik Intan Zulaikha Jusoh, yang telah mengajaknya untuk mengambil bahagian, menyatakan bahawa beliau terharu dan bangga akan muridnya itu.

“Sebelum perlumbaan itu, saya memberitahu Aqil bahawa saya tidak akan memaksa dirinya untuk menghabiskan perlumbaan itu sekiranya dia penat atau dalam kesakitan,” kata beliau.

Beliau tidak sangka Aqil akan menghabiskan perlumbaan itu.

Walaupun Aqil biasanya bermain bola sepak, dia berkata yang dirinya tidak akan menolak peluang untuk berlumba lagi.

Pengguna media sosial memuji Aqil, menyatakan bahawa dia patut dihargai dan disanjung, selain menghargai gurunya kerana mendorong Aqil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >