Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN INKLUSIF

Usaha sukan inklusif kian dapat sambutan

Aug 28, 2023 | 05:03 PM



Sejumlah 31 pertubuhan – yang tertinggi dalam sejarah – dijangka bekerjasama dengan Sekolah Pendidikan Khas (Sped) dan pusat-pusat kurang upaya untuk menyertai usaha sukan dalam masyarakat yang bertujuan memupuk sifat keterangkuman dalam masyarakat menerusi sukan.

Digelar Play Inclusive 2023, acara dua hari tersebut berlangsung pada 26 Ogos dan 16 September ini.

Hari pertama acara itu disertai 310 atlet kurang upaya berkongsi gelanggang dengan atlet lain dalam enam sukan seperti badminton, bola keranjang, boccia, floorball, bola sepak dan goalball.

Lagi sekitar 340 peserta dijangka beradu bakat dalam badminton dan bola sepak pada 16 September, kata penganjur.

Play Inclusive 2023 dianjurkan bersama SportCares, Olimpik Khas Singapura dan Majlis Sukan Orang Kurang Upaya Singapura dengan sokongan sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (MOE).

Pada 2019, 27 pertubuhan mengambil bahagian dalam Play Inclusive.

Salah seorang atlet, Daiyan Aniq Mohamad Faizal, 17 tahun dari Sekolah Senior Delta bersama pasangannya yang lebih berupaya, Lee Xinyi, 19 tahun dari Politeknik Ngee Ann (NP) memimpin sesi membaca ikrar Olimpik Khas “Biarkan saya menang. Jikalau saya tidak menang, biarkan saya berani mencuba”.

Ikrar tersebut menunjukkan kuasa sukan untuk meningkatkan keazaman diri dan harga diri bagi golongan kurang upaya.

“Pertandingan Play Inclusive merupakan kemuncak fasa latihan lapan minggu para atlet dengan pasangan mereka yang lebih berupaya,” kata Dr Teo-Koh Sock Miang, Presiden Olimpik Khas Singapura dan Majlis Sukan Orang Kurang Upaya Singapura.

“Bagi atlet kurang upaya, persahabatan terbentuk apabila mereka berlatih dan bermain bersama-sama pasangan mereka yang lebih berupaya.

“Ini akan menimbulkan empati, kepekaan, pemahaman yang lebih mendalam dan rasa hormat kepada individu kurang upaya,” tambah beliau.

Acara itu mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk sekolah-sekolah dan pelbagai pertubuhan.

Pada 2023, syarikat korporat seperti Certis dan Pertubuhan Sukarelawan Berusia RSVP Singapura turut serta dalam acara tersebut buat kali pertama.

“Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu mempunyai keyakinan bahawa setiap orang boleh menyumbang kepada orang ramai di mana kita saling menghargai satu sama lain,” kongsi Cik Edna Claudine Leong, Pengarah Eksekutif RSVP Singapura.

“Melalui daya usaha seperti Play Inclusive, sukarelawan berusia boleh bekerjasama dengan pemain yang lebih muda dalam boccia dan menjalin ikatan antara generasi.

“Kami percaya bahawa warga senja masih boleh memupuk kepentingan penglibatan melalui sukan untuk menyatukan semua orang tanpa mengira keupayaan mereka,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >