Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN 2024

Kalendar atlet beradu tenaga

JANUARI
Jan 04, 2024 | 11:23 AM



Sukan Olimpik Paris akan menjadi salah satu tarikan dunia sukan pada 2024.

Namun pada masa yang sama, terdapat juga pelbagai kejohanan sukan lain yang bakal jadi tumpuan.

BERITA HARIAN memaparkan beberapa kejohanan sukan tersebut.

Bola Sepak Piala
Negara-Negara Afrika (13 Januari – 11 Februari)

Edisi ke-34 sukan popular di Afrika itu dijadualkan berlangsung di Ivory Coast antara Jun dengan Julai 2023, namun dianjak selepas diyakinkan bahawa negara itu kerap hujan sepanjang tempoh tersebut.

Justeru ia dialihkan pada awal 2024 dan pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah, bakal menyasarkan pertandingan itu untuk menebus kekecewaan yang dialami Mesir dalam final 2022 apabila tewas dalam penalti kepada Senegal.

Nama-nama lain yang dijangka tampil termasuk André Onana (Cameroon), Achraf Hakimi (Maghribi) dan Victor Osimhen (Nigeria).







Tenis Terbuka Australia
(14 Januari – 28 Januari)

Melbourne mungkin menjadi medan bersejarah tenis apabila Novak Djokovic akan bertanding untuk merebut kejuaraan Grand Slam ke-25 beliau, dan jika ia berlaku, maka beliau akan memintas Margaret Court selaku pemain perseorangan paling berjaya.

Namun akan ada beberapa pemain lain yang dijangka dapat menentang pemain teratas dunia itu daripada mencapai impiannya itu.

Antaranya adalah Rafael Nadal yang sebelum ini mengalami kecederaan pinggul.

Dalam pertandingan wanita pula, Aryna Sabalenka akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya dalam final 2023 selepas menundukkan Elena Rybakina.







Kejohanan Lumba Kereta Dunia Formula Satu
(2 Mac – 8 Disember)

Musim Formula Satu (F1) kali ini akan menyaksikan 24 perlumbaan – jumlah maksimum yang dikatakan sesuai bagi pasukan dan kakitangan yang terlibat.

Dua perlumbaan pembukaan di Bahrain dan Arab Saudi akan berlangsung hanya seminggu jaraknya antara satu sama lain.

Max Verstappen dan Red Bull merangkul kejuaraan pada 2023 namun nasib mereka kali ini belum dapat ditentukan menjelang musim 2024.







Bola Sepak Liga Juara-Juara Eropah (Jun)

Mampukah Manchester City mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi musim lalu?

Berdasarkan corak dan rentak permainan musim ini, mungkin sukar. Namun City biasanya akan menjadi lebih hebat dalam permulaan tahun baru.

Dan dalam 16 pasukan terakhir, pasukan bimbingan Pep Guardiola itu akan menentang FC Copenhagen sementara Arsenal yang memburu kejuaraan Liga Juara-Juara pertama mereka pula akan menentang Porto.







Bola Sepak Kejohanan Eropah 2024
(14 Jun – 14 Julai)

Jerman bakal menjadi hos pertandingan bola sepak kejohanan ini buat kali pertama sejak Piala Dunia 2006.

Siapa yang bakal menjadi juara masih belum dapat diramal, namun England dikatakan menjadi pesaing utama dalam kejohanan kali ini.

Scotland bakal bertemu Jerman dalam perlawanan pembukaan.







Tenis Kejohanan
Wimbledon
(1 Julai – 14 Julai)

Musim edisi 2023 menyaksikan Marketa Vondrousova, yang bukan pemain dalam ranking utama memenangi kejuaraan ini selepas menewaskan Ons Jabeur, sementara Carlos Alcaraz pula menang ke atas Novak Djokivic.

Namun Kejohanan 2024 ini belum tentu akan dapat menyaingi drama yang disaksikan pada 2023.

Ini meskipun ramai pemain terkenal dikatakan akan menyertai pertandingan tersebut.







Temasya Olimpik (26 Julai – 11 Ogos)

Ini merupakan Olimpik pertama di Eropah sejak acara serupa berlangsung di London pada 2012.

Dan rancangan sempena majlis pembukaannya adalah untuk para atlet menyusuri sepanjang sungai Seine yang terkenal dengan menaiki flotila – kumpulan kapal kecil.







Temasya Paralimpik (28 Ogos – 8 September)

Seperti Paralimpik Jepun yang berlangsung pada 2021, akan terdapat 22 jenis sukan di Paralimpik Paris kali ini.

Dan seramai 4,400 atlet dijadual terlibat dalam acara-acara tersebut sepanjang 11 hari ia berlangsung.

Ragbi berkerusi roda akan berlangsung pada hari pertama dan Britain akan cuba mempertahankan pingat emas yang mereka menangi pada 2021.

Acara di hari terakhir pula termasuk lawan pedang berkerusi roda.







Kejohanan Angkat Berat Sedunia (November – Disember)

Bahrain bakal menjadi hos pertandingan angkat berat ini buat kali pertama.

Para atlet akan bersaing dalam 20 kategori berat badan – 10 untuk lelaki dan 10 untuk wanita.

China akan menjadi negara yang menjadi tumpuan selepas menang 20 pingat emas dalam kejohanan serupa pada 2023 di Riyadh, Arad Saudi, sementara tempat kedua, Thailand merangkul lima pingat emas. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >