Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain mana bakal pindah ke kelab lain?

Jan 2, 2024 | 11:34 AM
JARANG DITURUNKAN: Pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips, jarang bermain untuk City. Beliau hanya membuat lapan penampilan bagi musim 22/23, kesemua sebagai pemain pengganti, dan hanya empat penampilan pada musim 23/24.
JARANG DITURUNKAN: Pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips, jarang bermain untuk City. Beliau hanya membuat lapan penampilan bagi musim 22/23, kesemua sebagai pemain pengganti, dan hanya empat penampilan pada musim 23/24. - Foto AFP

LONDON: Tempoh pemindahan tiba lagi.

Selepas beberapa bulan spekulasi tentang beberapa pemain berpindah kelab, tempoh pemindahan Januari kini bermula dan beberapa andaian ini boleh menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Berikut adalah beberapa pemain yang berpotensi berpindah ke kelab lain dalam beberapa minggu.

KALVIN PHILLIPS
(Manchester City
ke Newcastle/Juventus)

Kalvin Phillips menjaringkan gol pertama untuk Manchester City apabila mereka menewaskan Red Star Belgrade dalam Liga Juara-Juara pada 13 Disember.

Namun, itu mungkin tidak cukup untuk memanjangkan kerjayanya di Manchester City.

Newcastle kemungkinan besar merupakan destinasi seterusnya untuk pemain tengah England itu, manakala pemindahan ke luar negara, kelab Italy, Juventus, juga dilaporkan sebagai salah satu pilihan Phillips.

JADON SANCHO
(Manchester United
ke Borussia Dortmund)

Sudah kelihatan agak lama bahawa masa depan Jadon Sancho bukan di Manchester United, dengan pemain tersebut dikecualikan daripada skuad utama selepas perselisihan faham dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Bekas kelabnya, Borussia Dortmund, dilaporkan sebagai salah satu pilihan destinasi Sancho namun gajinya merupakan halangan utama pemindahan tersebut.

Rakan sepasukannya, Donny van de Beek, sertai kelab German Eintracht Frankfurt apabila tempoh pemindahan bermula pada 1 Januari.

Pemain berusia 26 tahun itu akan menyertai Frankfurt untuk baki musim ini dengan pilihan untuk mengekalkan pemindahan tersebut.

AARON RAMSDALE
(Arsenal ke Chelsea/Newcastle)

Penjaga gawang England, Aaron Ramsdale kehilangan tempat dalam barisan utama Arsenal kepada David Raya pada September.

Dengan kejohanan Eropah akan datang, beliau mungkin mencari pemindahan Januari bagi memastikan beliau dapat bermain dalam barisan utama kelab secara tetap.

Chelsea dan Newcastle dikaitkan sebagai pilihan untuk Ramsdale. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg