Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kalvin Phillips harap nasib malang berakhir setelah dapat kad merah

Feb 19, 2024 | 12:00 PM



LONDON: Kalvin Phillips berharap kad merah yang diterimanya yang menyaksikan kekalahan pasukannya, West Ham, di tangan Nottingham Forest adalah petanda berakhirnya “nasib malang” yang menimpa beliau lalui sejak menyarung jersi pasukan Hammers.


Pemain bahagian tengah England itu telah melalui permulaan sukar di West Ham sejak pemindahannya sebagai pinjaman dari Manchester City.

Beliau telah melakukan kesilapan yang membawa kepada gol menentang Bournemouth dan Manchester United sebelum dibuang padang di Forest.

“Mereka mengatakan nasib malang datang secara bertiga. Jadi saya harap saya telah mendapat tiga nasib malang yang diperuntukkan untuk saya dan saya boleh memulakan kerjaya saya bersama West Ham dengan sebenar-benarnya selepas ini,” katanya.

“Saya mahu ini menjadi permulaan baru. Saya masih pemain yang sama, yang mahu mencapai yang terbaik bersama West Ham. Saya bersedia bekerja keras demi kelab ini. Semua orang boleh melihatnya.

“Tetapi saya tahu asam garam pemain bola sepak. Saya sudah berpengalaman untuk mengetahui bahawa jika saya memberi tumpuan, berfikiran positif dan bekerja keras serta melakukan perkara asas dengan betul, nasib saya akan berubah.”

Phillips mengakui beliau “amat kecewa” dengan kad merah yang diterimanya itu dan berpendapat bahawa kurang peluang bermain secara kerap di City adalah faktor penyumbang kepada permulaan perlahannya di West Ham.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya dinamakan dalam kesebelasan utama City sebanyak dua kali musim ini sebelum berpindah ke Stadium London pada 26 Januari.

“Ada perkara tertentu yang anda perlu lakukan di padang bola sepak. Ya, saya berlatih dengan pasukan terbaik di dunia, tetapi bermain di padang membuatkan anda lebih tajam,” kata bekas pemain tengah Leeds United itu.

“Anda boleh berlatih bersungguh-sungguh tetapi anda tidak akan menjadi benar-benar cergas dan tajam melainkan anda beraksi di padang dalam perlawanan persaingan.

“Jadi, itulah sebab saya kecewa.”

Phillips berkata beliau cuba bercakap dengan pengadil, Thomas Bramall, selepas perlawanan mengenai kad merah tersebut, yang merupakan hasil kekasaran yang dilakukan sebanyak dua kali, yang berkesudahan dengan kad kuning.

“Saya marah dengan diri saya sendiri atas kad kuning pertama.

“Namun, kad kuning kedua, saya tidak bersalah kerana saya tidak menyentuh pun pemain lawan,” dakwanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >