Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kalvin Phillips perlu ‘buat keputusan’ tentang masa depan di City

Kedudukan pemain tengah dalam pasukan England boleh terjejas dek kurang bermain di kelab
Oct 19, 2023 | 03:14 PM



MANCHESTER: Pemain tengah Manchester City, Kalvin Phillips, berkata beliau akan “buat keputusan” mengenai masa depannya di kelab itu.


Phillips terkial-kial untuk menyertai pasukan City sejak berpindah daripada Leeds, dengan membuat hanya tiga penampilan sebagai pemain gantian dalam Liga Perdana musim ini.

Dan selepas bermain dari mula untuk England dalam kemenangan 3-1 ke atas Italy pada Selasa, beliau berkata: “Saya tahu bahawa saya perlu bermain dan bersaing dalam perlawanan setiap hujung minggu.

“Saya perlu buat keputusan mengenai (masa depan saya) dalam beberapa bulan akan datang.”

Walaupun kekurangan masa permainan pada peringkat kelab sejak perpindahan £45 juta ($75 juta) pada Julai 2022, pemain berusia 27 tahun itu mengekalkan kepercayaan pengurus England, Gareth Southgate.

Beliau diturunkan sejak mula dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Italy itu. Dengan kemenangan 3-1 itu, Three Lions menempah tempat ke final pertandingan tersebut dengan berbaki dua perlawanan.

Phillips digantikan oleh Jordan Henderson selepas 69 minit, tetapi mengakui beliau “agak bernasib baik” tidak dikenakan kad merah.

Setelah dilayangkan kad kuning pada minit kesembilan, beliau terlepas daripada hukuman lanjut selepas mengasari Nicolo Barella pada separuh masa kedua.

Phillips dimasukkan sebagai pemain gantian ketika England menewaskan Australia 1-0 dalam satu perlawanan persahabatan di Wembley pada Jumaat.

“Beliau (Southgate) mengatakan bahawa untuk mengekalkan tempat dalam pasukan England, saya perlu bermain dalam perlawanan,” tambah Phillips.

“Itulah yang saya mahu lakukan. Saya telah bersetuju dengan Gareth mengenai perkara ini.”

Sebaliknya, bos Manchester City, Pep Guardiola, mengkritik Phillips pada musim pertamanya, dengan mengatakan berat badan pemain tengah itu “berlebihan” selepas beliau kembali daripada tugas bersama England pada Piala Dunia 2022.

Pada musim lalu, hanya dua kali Phillips bermain dari mula dalam perlawanan Liga Perdana – tampil hanya 290 minit dalam 12 perlawanan besar, dan muncul 21 kali dalam semua perlawanan ketika City memenangi ‘treble’.

Beliau dijangka mendapat tempat dalam musim ini selepas Rodri digantung tiga perlawanan ekoran kad merah dalam kemenangan 2-0 menentang Nottingham Forest pada September.

Bagaimanapun, Phillips hanya memulakan perlawanan sekali apabila City tewas 1-0 kepada Newcastle dalam Piala Carabao.

Phillips berkata: “Saya mahu bermain bola sepak dan mahu bermain sebanyak mungkin.

“Sepanjang setengah tahun lalu saya tidak dapat melakukannya kerana kecederaan dan (faktor lain). Ia sesuatu yang perlu saya fikirkan.

“Mudah-mudahan peluang saya datang tetapi jika tidak, saya perlu buat keputusan lain.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >