Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyerang Arsenal Bukayo Saka tidak akan sertai skuad England akibat cedera

Oct 10, 2023 | 12:44 PM



LONDON: Penyerang Arsenal Bukayo Saka tidak akan disertakan dalam perlawanan England menentang Australia dan Italy akibat kecederaan yang dialaminya.


Saka terlepas peluang bersama Arsenal dalam kemenangan 1-0 kelab itu ke atas Manchester City pada Ahad, akibat kecederaan hamstring.

Persatuan Bola (FA) mengesahkan bahawa Saka telah menarik diri selepas penilaian oleh pasukan perubatan England dan tidak akan digantikan dalam skuad tersebut yang kini mempunyai seramai 25 pemain.

England akan berhadapan Australia pada 13 Oktober, sebelum menentang Italy pula dalam kelayakan Kejuaraan Eropah empat hari kemudian.

“Beliau tidak dapat bermain. Beliau langsung tidak berlatih untuk satu sesi pun,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta, selepas perlawanan Ahad lalu.

Arteta tidak dedahkan tempoh Saka tidak akan disertakan, sekadar berkata “beliau tidak akan dapat bermain bola sepak buat seketika”.

Ketiadaan Saka pada Ahad mengakhiri 87 permainan Liga Perdana England (EPL) dengan Arteta terus melibatkan pemain sayap berusia 22 tahun itu.

Saka telah menghadapi masalah berkaitan hamstring sejak beberapa minggu kebelakangan, dan terhincut-hincut keluar padang semasa kekalahan 2-1 Arsenal di tangan Lens dalam Liga Juara-Juara pada Selasa, dan terpaksa direhatkan semasa kemenangan pasukan itu ke atas Bournemouth seminggu sebelum itu.

Pengurus England, Gareth Southgate, pada Khamis berkata bahawa beliau tidak akan mengambil risiko berkaitan kecederaan Saka, meskipun England layak ke Kejuaraan Eropah pada musim panas akan datang.

“Kami mempunyai tanggungjawab untuk melayakkan pasukan negara ini. Saya sendiri pernah menjadi pemain, dan saya tidak pernah mengambil risiko berkaitan kesejahteraan fizikal pemain, dan saya tidak akan berbuat demikian,” kata Southgate. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >