Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kami sepatutnya menang: Klopp

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Juergen Klopp berkata pasukannya seharusnya menewaskan Manchester United di Old Trafford semalam, tetapi dengan pungutan dua mata selepas tiga perlawanan Liverpool kini berada dalam keadaan yang jarang dialaminya sejak Klopp menyertai kelab itu.



Bagi sebarang pasukan, kekalahan pertama dalam 2022 boleh disifatkan kegenjotan kecil semata-mata, tetapi ia juga mencetus keprihatinan sebagai permulaan masalah lebih besar bagi Liverpool.



Liverpool kini menduduki tangga ke-16 dalam Liga Perdana England (EPL) dan kekalahan 1-2 kepada United di Old Trafford bermakna pasukan yang bersaing sengit dengan Manchester City bagi kejuaraan liga musim lalu kini masih tanpa kemenangan musim ini.



Sejak Klopp menyertai kelab itu, Liverpool belum pernah gagal memenangi sekurang-kurangnya satu daripada tiga perlawanan pertama dan keputusan terkini ini bermakna ia kini ketinggalan lima mata di belakang juara bertahan, City dan tujuh mata di belakang pendahulu liga Arsenal.



Jamie Carragher, bekas pemain Liverpool yang kini bertugas sebagai juruanalisis bola sepak di Sky Sports berkata:



"Bagi Liverpool, urutan keputusan perlawanan mengecewakan ini terasa lebih besar."



"Buat masa ini saya tidak rasa Liverpool harus berfikir tentang City. Sebaliknya, Liverpool harus kembali ke pangkal jalan... bangkit selepas permulaan musim yang hambar dan perbaiki musim mereka dengan serta-merta."



Di Old Trafford semalam, Liverpool membuat 17 percubaan gol dengan lima menemui sasaran - lebih satu berbanding United.



Justeru, Klopp berkata pasukannya mempunyai banyak peluang untuk merebut semua tiga mata.



"Tentunya, hujah saya ini boleh diagak sedikit menggila, tapi saya rasa kita seharusnya memenangi perlawanan itu," kata Klopp, bercakap dengan wartawan selepas permainan.



Satu kelemahan Liverpool di awal musim ini adalah memberikan pasukan lawan gol di awal perlawanan, sesuatu yang diakui oleh pemain pertahanan Andy Robertson.



Jadon Sancho menjaringkan gol pembuka tirai bagi United seawal minit ke-16 - keadaan yang telah diulangi dalam tujuh perlawanan berturut-turut dalam liga tahun ini - kali pertama ini dialami Liverpool dalam era EPL.



"Kami bak memberikan setiap pasukan satu gol di permulaan permainan," kata Robertson.



"Keadaan ini perlu diubah. Stadium ini (Old Trafford) begitu senyap sebelum wisel permulaan dan kami memberi mereka sebab untuk menjadi lebih bising dan memberi semangat kepada pasukan mereka.



"Kami perlu bermain dengan lebih baik, sama ada secara individu atau secara berpasukan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >