Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Kami tewas kerana tidak main sungguh-sungguh, kata Luke Shaw

Apr 04, 2023 | 05:30 AM



NEWCASTLE: Permainan Manchester United dalam kekalahan 2-0 kepada Newcastle United "tidak boleh diterima" dan "jauh daripada memuaskan", kata pemain pertahanan Luke Shaw.



Pasukan pimpinan Erik ten Hag itu jatuh ke tangga keempat Liga Perdana England (EPL) selepas dipintas Newcastle dalam perlumbaan untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.



Pasukan The Red Devils itu kalah - dan tidak menjaringkan sembarang gol - dalam tiga perlawanan liga terkini.



"Saya tidak fikir Newcastle menang berdasarkan mutu permaianan, sebaliknya dek keinginan, minat, dahaga untuk menang, dan sikap.



"Kami perlu sedar akan masalah ini dengan cepat dan merubah nasib kami.



"Kami masih berupaya mencapai musim amat baik tapi dengan keputusan dan permainan yang ditunjukkan ini, ia mungkin tidak boleh dicapai," kata Shaw.



United masih dalam kedudukan baik dalam musim pertama kepimpinan ten Hag.



Selepas menewaskan Newcastle dalam Piala Carabao di Wembley pada Februari, mereka mara ke separuh akhir Piala FA dan suku akhir Liga Europa.



Namun Shaw berkata lebih banyak kemajuan diperlukan selepas pemain "meluahkan perasaan" di bilik persalinan setelah perlawanan Ahad lalu.



"Pemain berbual dalam bilik persalinan tanpa sebarang kakitangan. Kami perlu uruskan masalahnya dan tinggalkannya di belakang. Kini ia bergantung pada kami sendiri," ujar Shaw.



United akan bertemu Brentford Rabu ini di padang sendiri.



"Kami perlu melangkah ke Liga Juara-Juara. Kami pasukan terbesar di dunia, kami perlu masuk ke Liga Juara-Juara. Kami perlu beri tumpuan semula dan mencapai kemenangan," tambah Shaw.



Ini perlawanan EPL ke-27 United musim ini. Selain itu, mereka telah bermain 20 perlawanan Piala Carabao, Piala FA dan Liga Eropah.



Ten Hag menafikan bahawa semua perlawanan itu menjejas kelakonan pasukannya.



"Kita perlu lihat setiap perlawanan itu sebagai penting, setiap liga itu sebagai penting. Kami sedar betapa sukarnya bertandang ke Newcastle dan kami tahu mereka ingin membalas dendam.



"Kami perlu menunjukkan minat, keinginan dan kesungguhan yang sama seperti pesaing kami.



"Namun kami tidak melakukannya dan akhirnya ditewaskan," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >