Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Kampung Sukan serba lengkap, selamat

Jul 18, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Kampung Sukan Olimpik akan merupakan sebahagian besar daripada apa yang atlet Sukan Olimpik 2020 akan dilihat, kerana peraturan ketat koronavirus Covid-19 menghalang mereka meninggalkan premis itu kecuali untuk latihan dan bertanding.



Penginapan mereka di kampung itu juga lebih singkat daripada biasa: pesaing hanya boleh tiba lima hari sebelum acara mereka, dan dikehendaki meninggalkan tempat itu dalam tempoh 48 jam selepas mereka menang atau kalah.



Inilah keadaan hari biasa di bandar mini Sukan Tokyo 2020:



6.30 pagi



Kampung itu dibina untuk menempatkan hingga 18,000 atlet, jurulatih dan pegawai. Mereka akan bangun dan rasa segar, walaupun matahari terbit pada 4.40 pagi di Tokyo, hasil langsir gelap yang tebal.



Seperti kebanyakan rumah orang Jepun, ruang amat terhad, tetapi - bilik individu hanya sebesar 9 meter persegi, manakala bilik pasangan 12 meter persegi.



Katil dan tembok sekatan dibuat daripada kadbod kuat yang boleh dikitar semula, yang akan dibuang selepas temasya sukan itu apabila 21 pangsapuri di kampung tersebut dijadikan rumah mewah.



7 pagi



Masa untuk ujian harian koronavirus - wajib bagi semua yang tinggal di kampung itu. Mereka melakukan ujian antigen air liur sendiri dan kemudian menghantarnya untuk diproses.



Satu hasil ujian positif dan hasil ujian positif kedua dalam ujian PCR, yang lebih tepat, bermakna terpaksa pergi ke klinik demam, sebuah bangunan pasang siap di tengah Kampung Sukan Olimpik.



Di klinik itu, ujian ketiga menentukan apakah anda terpaksa menarik diri daripada temasya sukan itu dan perlu mengasingkan diri atau pergi ke hospital.



7.30 pagi



Memakai pelitup wajib di Kampung Sukan Olimpik, kecuali ketika tidur dan makan.



Dalam perjalanan untuk sarapan, atlet boleh periksa aplikasi yang menunjukkan kesibukan kawasan komunal, termasuk kantin dua tingkat yang boleh menampung 3,000 orang.



8 pagi



Penghuni kampung akan disuruh makan sendirian untuk mengelak penyebaran titisan yang berpotensi menular. Setiap tempat duduk ditutup dengan plexiglass.



Ada pelbagai pilihan makanan, dengan masakan Jepun menjadi tumpuan. Hampir setiap pilihan makanan disediakan - vegetarian, halal, bebas glutan - dengan nilai pemakanan jelas dipaparkan.



9 pagi



Atlet terbaik dunia itu boleh berlatih di gimnasium besar dengan 600 mesin kardio dan latihan berat.



Pelitup wajib dipakai ketika berpeluh, dan meskipun mesin gimnasium kerap dibersihkan, pengguna disaran menyahjangkitnya sebelum mereka mula menggunakannya.



11 pagi



Pengangkutan awam dan jalan kaki di luar kampung dilarang, lantas atlet perlu mengambil bas tertentu dari tapak kampung itu - yang dibina di atas tanah tambak di Tokyo Bay - ke tempat pertandingan atau pusat latihan.



5 petang



Sejurus pulang ke kampung itu, pasukan boleh membuat perhentian di Village Plaza, bangunan tambahan dibuat daripada kayu yang menggabungkan cara binaan Jepun. Di dalamnya terdapat kemudahan seperti ATM, khidmat cucian, pendandan rambut dan kafe - memberi peluang kepada atlet untuk membeli cendarahati walaupun bersiar-siar tidak dibenarkan.



7 malam



Di kampung itu, atlet keletihan boleh menaiki salah satu daripada 17 kenderaan pandu sendiri, yang mengelilingi tapak itu 24 jam sehari, untuk pulang ke blok mereka. Setiap kenderaan boleh menampung 19 penumpang dan sebagai langkah berjaga-jaga, seorang pengendali juga tersedia.



8 malam



Selepas makan malam, atlet tidak diwajibkan untuk duduk di bilik mereka. Mereka boleh ke pusat rekreasi di kampung itu, yang mempunyai konsol Nintendo dan ruang untuk berehat, atau bersiar-siar di sekitar taman dekat perairan.



Minum minuman keras berkumpulan dan di tempat awam dilarang selepas makan malam.



Mereka yang melanggar sebarang peraturan akan dihukum, kata penganjur - termasuk kemungkinan disingkir daripada temasya sukan itu.



10 malam



Atlet tidak dibenarkan membawa ahli keluarga mereka ke Tokyo. Tetapi, sebelum tidur, mereka boleh bersembang bersama orang tersayang di rumah menggunakan wifi percuma. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >