Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kane bak 'mesin', tidak lesu selepas Piala Dunia

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang berbisa Tottenham Hotspur, merupakan "mesin" yang boleh menjadi "pemain nombor satu dunia", kata rakan sepasukannya, Pierre-Emire Hojbjerg.



Kane langsung tidak menunjukkan sebarang tanda lesu selepas Piala Dunia dan berjaya jaringkan satu gol hasil tandukannya dalam keputusan seri 2-2 dengan Brentford, dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL), Isnin lalu.



Ia merupakan perlawanan pertama kapten England itu sejak beliau jaringkan satu penalti dan terlepas satu lagi dalam kekalahan 2-1 di tangan Perancis, di peringkat suku akhir.



"Memandang rendah terhadap kekuatannya merupakan satu kesalahan besar," kata Horjberg, yang mendapatkan gol penyamaan buat pasukan mereka.



"Beliau seperti mesin. Mempunyai kualiti untuk menjadi pemain nombor satu dunia.



"Kesalahan terbesar yang boleh anda lakukan dalam bola sepak ialah meragui kemampuan Harry Kane."



Kane merupakan penjaring gol bersama terbanyak untuk England, dengan 53 gol dalam 80 penampilan antarabangsa.



Namun di Qatar bulan ini, beliau terlepas satu penalti yang sepatutnya meletakkan beliau selaku penjaring terbanyak dan berpotensi mengatasi Perancis dalam masa tambahan.



Selepas kegagalan jaringkan penalti itu, Kane yang berusia 29 tahun menulis dalam media sosial:



"Ia merupakan butiran kecil yang perlu saya pertanggungjawabkan.



"Saya tidak boleh sembunyi daripada kenyataan dan ia akan mengambil masa yang lama untuk mengatasinya, namun itulah yang dinamakan sukan.



"Kini ia berkaitan pengalaman yang boleh saya terapkan agar bersedia secara mental, sementara fizikal saya terus lebih kuat bagi cabaran selanjutnya."



Semasa menentang Brentford, Spurs ketinggalan 2-0 selepas jaringan oleh Vitaly Janelt dan Ivan Toney, sebelum Kane membalas dengan satu jaringan menerusi tandukan tajamnya, dan Hojbjerg menyamakan kedudukan enam minit kemudian.



Satu bahagian peminat Brentford memekik ke arah Kane:



"Anda telah menghampakan negara anda!".



Sementara pengurus Spurs, Antonio Conte, berkata yang beliau tidak terperanjat dengan kemampuan Kane jaringkan gol.



"Saya tidak meragui mentaliti Kane.



"Beliau kini sedang berhadapan dengan situasi aneh.



"Beliau bermain baik dalam Piala Dunia dan juga bermain sebagai sebuah pasukan sehingga ke peringkat suku akhir, namun beliau terlepas jaringkan penalti penentu.



"Sekiranya anda kuat dari segi mental, anda dapat teruskan kehidupan seperti yang dilakukan Kane.



"Saya fikir peminat lebih takut beliau bermain untuk Tottenham, dan bukan kerana apa yang berlaku semasa Piala Dunia," ujar Conte. - Agensi berita.




"Memandang rendah terhadap kekuatannya merupakan satu kesalahan besar. Beliau seperti mesin. Mempunyai kualiti untuk menjadi pemain nombor satu dunia. Kesalahan terbesar yang boleh anda lakukan dalam bola sepak ialah meragui kemampuan Harry Kane."
- Pierre-Emire Hojbjerg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >