SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kane mahu ke Manchester

Kane mahu ke Manchester

Apr 15, 2021 | 5:30 AM

Kane mahu ke Manchester

HARRY KANE - Foto AFP
HARRY KANE - Foto AFP -

PENYERANG Tottenham Hotspurs, Harry Kane (atas), dikatakan akan memilih untuk berpindah ke salah sebuah kelab Manchester - sekiranya beliau mengambil keputusan untuk melabuhkan tirai kerjayanya bersama kelab London itu.

Kane, 27 tahun, yang telah menjaringkan 162 gol dalam 238 perlawanan untuk Spurs, dikatakan sedang mempertimbangkan dengan serius kemungkinan meninggalkan kelab tersebut, yang disertainya sejak di akademi kanak-kanak lagi.

Menurut sumber-sumber, Kane ingin mencari kelab baru untuk memenuhi impiannya memenangi piala.

Namun, kapten England selain Spurs itu dikatakan keberatan untuk meninggalkan England.

Spurs musim ini telah menunjukkan persembahan tidak konsisten di bawah jurulatih Jose Mourinho dan kini berada 6 mata di belakang West Ham di tempat ke-empat Liga Perdana England - kedudukan yang menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Mourinho bagaimanapun sebelum ini menekankan, Spurs tiada rancangan untuk kehilangan kapten mereka itu dan yakin bahawa Kane masih boleh memenuhi impiannya bersama Spurs. - Agensi Berita

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg