Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kane, Son dapat sorakan paling gemuruh apabila skuad Spurs tiba di S’pura

Pemain baru James Maddison, Cristian Romero dalam skuad bagi ‘Singapore Festival of Football Driven by CDG Zig’
Jul 24, 2023 | 8:57 AM
TERUS DISAYANGI: Meskipun masa depan Harry Kane bersama Tottenham Hotspurs belum pasti, beliau terus menjadi kesayangan  penyokong kelab itu.
TERUS DISAYANGI: Meskipun masa depan Harry Kane bersama Tottenham Hotspurs belum pasti, beliau terus menjadi kesayangan penyokong kelab itu. - Foto SINGAPORE FESTIVAL OF FOOTBALL DRIVEN BY CDG ZIG

Masa depan bintang bintang England Harry Kane bersama Tottenham Hotspurs masih belum jelas, namun yang pasti penyokong kelab itu di Singapura masih melihat beliau sebagai idola mereka.

Penyerang berusia 29 tahun itu dan bintang Korea Selatan Son Heung-min menerima sorakan paling gemuruh di Hotel Pan Pacific apabila mereka tiba bersama skuad Spurs sekitar 2.30 pagi Isnin.

Spurs, yang mengakhiri Liga Perdana England (EPL) musim lalu di tangga kelapan, akan bertemu pasukan Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors pada Rabu di Stadium Negara, selain mengadakan sesi latihan terbuka di lokasi sama pada Selasa.

Ia sebahagian daripada acara Singapore Festival of Football Driven by CDG Zig yang pertama, yang berlangsung dari 26 Julai hingga 2 Ogos.

Seramai 60 penyokong kelab tersebut berkumpul di pintu masuk Hotel Pan Pacific sejak sekitar 11 malam Ahad.

Setiba di hotel, seluruh skuad Spurs langsung memasuki hotel kecuali Kane dan Son serta pemain baru mereka James Maddison dan Cristian Romero, yang melambai-lambai kepada penyokong yang telah lama menunggu.

Tiket bagi Singapore Festival of Football Driven by CDG Zig boleh didapatkan di https://premier.ticketek.com.sg/shows/show.aspx?sh=SFFUM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg