Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bintang Spurs, pemain baru Liverpool akan beraksi di S’pura

Jul 17, 2023 | 4:45 PM
AKAN BERAKSI: Peminat Spurs di Singapura akan dapat menyaksikan Harry Kane (kiri) dan Son Heung-min beraksi di Stadium Negara.
AKAN BERAKSI: Peminat Spurs di Singapura akan dapat menyaksikan Harry Kane (kiri) dan Son Heung-min beraksi di Stadium Negara. - Foto REUTERS
MUKA BARU: Penyokong Liverpool boleh melihat secara dekat pemain baru mereka, Alexis Mac Allister.
MUKA BARU: Penyokong Liverpool boleh melihat secara dekat pemain baru mereka, Alexis Mac Allister. - Foto REUTERS

Bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane dan Son Heung-min, yang menjadi buruan kelab Jerman, Bayern Munich dan Arab Saudi, Al Ittihad, telah dinamakan dalam skuad 31 pemain yang akan beraksi dalam Pesta Bolasepak Singapura anjuran CDG Zig.

Bagi Liverpool pula, penyerang utamanya, Mohamed Salah, juga telah dinamakan dalam skuad 32 pemain, bagi pertandingan pramusim yang sama.

Liga Profesional Saudi telah menggemparkan dunia bola sepak dengan menandatangani beberapa pemain ‘superstar’ dunia.

Namun, pemain midfield Liverpool, Fabinho, tidak akan ke Singapura setelah tidak disertakan dalam skuad yang sedang menjalani kem latihan 10 hari di Jerman, sekali gus menyemarakkan khabar angin bahawa beliau akan menyertai pasukan Al Ittihad.

Peminat Liverpool di sini namun akan dapat menyaksikan pemain baru kelab itu, Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister.

Liverpool memenangi Piala Standard Chartered Singapura pada 2022 hasil kemenangan 2-0 ke atas satu lagi kelab Liga Perdana England, Crystal Palace.

Anak buah Jurgen Klopp akan mempertahankan piala tersebut dalam perlawanan menentang Leicester City di Stadium Negara pada 30 Julai, selepas menjalani sesi latihan terbuka sehari sebelum itu.

Liverpool kemudian akan bertemu juara liga Jerman, Bundesliga, Bayern, bagi merebut Piala Singapura yang dibawakan oleh Audi dan Standard Chartered pada 2 Ogos.

Sementara itu, Spurs dijadualkan beraksi dalam satu perlawanan di Perth pada 18 Julai sebelum ke Bangkok untuk perlawanan pada 23 Julai.

Kelab London itu kemudian akan mengadakan perlawanan menentang kelab Singapura, Lion City Sailors di Stadium Negara, pada 26 Julai. Spurs juga akan terlibat dalam sesi latihan terbuka pada 25 Julai.

Tiket-tiket bagi Festival Bolasepak Singapura atau Singapore Festival of Football boleh didapatkan menerusi laman https://premier.ticketek.com.sg/shows/show.aspx?sh=SFFUM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg