Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kane tidak panik setelah Bayern alami kekalahan pertama kepada Arsenal

Nov 27, 2025 | 2:23 PM
Arsenal, Bayern Munich, UCL
Penyerang Bayern Munich, Harry Kane (berjersi hitam, tengah), cuba merebut bola ketika dicabar pemain Arsenal, Cristhian Mosquera (kanan) dan Mikel Merino (kiri) dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London, pada 26 November 2025. - Foto REUTERS

LONDON: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, mengalami malam yang malap selepas kelab besar Jerman itu tewas 1-3 di tangan Arsenal dalam Liga Juara-Juara – kekalahan pertama mereka musim ini pada 26 November.

Namun, kapten England itu berkata beliau tidak akan ada perasaan panik dan meramalkan bahawa kedua-dua pasukan mungkin bertembung lagi pada hujung kejohanan musim bunga akan datang.

“Ia adalah perlawanan sukar seperti yang kami jangkakan. Ia adalah persaingan agak baik pada separuh masa pertama yang agak seimbang,” kata Kane, yang telah menjaringkan 29 gol dalam semua pertandingan untuk kelab dan negara setakat musim ini.

“Pada separuh masa kedua, kami tidak mempunyai tenaga atau intensiti yang sama dan kami tewas mungkin akibat terlalu banyak perlawanan. Ini kekalahan pertama kami musim ini. Kami tidak mahu terlalu panik. Tetapi kami pasti akan mengambil iktibar daripadanya.

“Saya pasti kami akan bertemu mereka (Arsenal) sekali lagi di peringkat akhir Liga Juara-Juara,” katanya.

Semasa puncak kerjayanya yang memecahkan rekod di Tottenham Hotspur, Kane menjaringkan 14 gol dalam 17 perlawanan derby London Utara dalam Liga Perdana England (EPL).

Beliau juga menjaringkan penalti untuk Bayern dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Arsenal dua musim lalu apabila pasukan Bundesliga itu menang agregat 3-2.

Tetapi persembahan Arsenal semakin baik sejak itu dengan perbelanjaan musim panas yang besar memberikan mereka kekuatan skuad yang tidak dapat ditandingi Bayern.

Arsenal kehilangan pemain pertahanan utama Gabriel, penyerang bernilai 63.5 juta paun, Viktor Gyokeres dan pemain utama lain pada 26 November.

Namun, pengurus Mikel Arteta masih mempunyai bangku simpanan yang penuh dengan pemain berbisa seperti Noni Madueke dan Gabriel Martinelli.

Namun, pemain terbaik perlawanan Declan Rice menegaskan pasukan itu boleh leka.

Arsenal mendahului EPL dengan enam mata dan kini tiga mata di hadapan di tangga teratas kumpulan Liga Juara-Juara dan sudah hampir memasuki peringkat 16 psaukan terakhir. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg