LONDON: Pemain midfield Chelsea, N'Golo Kante, dinamakan pemain terbaik musim ini oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) England kelmarin.
Ini merupakan satu lagi peristiwa menakjubkan dalam kerjaya bola sepak pemain yang hanya beberapa tahun lalu bermain dalam liga divisyen enam Perancis itu.