Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KESAN PENCEROBOHAN RUSSIA KE ATAS UKRAINE

Kedudukan Medvedev sebagai pemain nombor 1 dunia 'terancam'

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



LONDON/LOS ANGELES: Kedudukan warga Russia Daniil Medvedev sebagai pemain tenis nombor satu dunia kini kurang pasti selepas beberapa pertubuhan sukan sedunia mengenakan sekatan ke atas atlet dari negara itu.



Ini selepas Russia menyerang Ukraine, satu tindakan yang dikecam hampir setiap negara utama di dunia. Ia berbuat demikian menerusi Belarus, yang membenarkan tentera Russia memasuki Ukraine menerusi sempadannya.



Persekutuan Tenis Ukraine (UTF) kelmarin, menggesa Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) untuk mengusir Russia dan Belarus dari persekutuan itu dan mengadang Russia dari sebarang pertandingan.



Dalam satu surat yang dilihat oleh Reuters, UTF menyifatkan tindakan Russia dan Belarus itu sebagai kejam.



"Warga awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, kemudahan awam juga punah-ranah... ini adalah peperangan yang akan menjejas ekonomi negara kami selama beberapa dekad," kata UTF menerusi surat itu.



"Russia dan Belarus tidak berhak mengadakan pertandingan antarabangsa di wilayah mereka. Mereka juga tidak berhak menyertai semua pertandingan ITF."



Memberi respons, ITF berkata ia telah mengambil tindakan segera untuk membatalkan semua acara di Russia buat tarikh yang tidak ditentukan dan tiada acara ITF akan diadakan di Belarus tahun ini.



Keadaan itu bermakna kedudukan Medvedev - warga Russia ketiga menjadi pemain nombor dunia - di puncak ranking dunia belum pasti, dengan badan tenis sedunia dijangka mengadakan rundingan susulan mengenai perkara ini.



Medvedev juga adalah pemain pertama di luar kumpulan Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal dan Andy Murray yang berjaya menjadi pemain nombor satu dunia dalam masa 18 tahun. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >