Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Kegiatan sukan dihadkan kepada kumpulan 5 orang, kata SportSG

May 06, 2021 | 03:52 PM

KEGIATAN sukan akan dihadkan kepada kumpulan tidak lebih daripada lima orang mulai Sabtu (8 Mei) hingga 30 Mei, kata agensi nasional Sport Singapore (SportSG) dalam nasihat terkininya yang dikeluarkan Khamis (6 Mei).

Beberapa kumpulan seramai lima orang akan dibenar mengadakan kelas dan program yang diatur, tetapi dengan had keseluruhannya 30 orang, tidak termasuk penyedia khidmat luar seperti pengajar atau jurulatih.

Ini berikutan pengumuman pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) pada Selasa lalu yang menyaksikan langkah diperketat baru diperkenalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam masyarakat.

Ini termasuk mengehadkan lima orang - turun daripada lapan orang sebelum ini - untuk perhimpunan sosial.

Sekatan lain untuk sektor sukan termasuk penutupan gimnasium dalam bangunan dan studio kecergasan dan senaman dalam bangunan serta penggantungan acara penyertaan besar-besaran untuk tempoh yang sama. 

Langkah baru itu dikenakan di semua gimnasium dan studio kecergasan awam dan privet, termasuk mereka yang dikendalikan oleh perusahaan komersial, persatuan sukan nasional, kelab rekreasi, kelab golf, apartmen privet, kondominium dan badan amal.

Penonton juga akan dilarang menghadiri acara sukan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3