Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Kehebatan David de Gea sebagai legenda Liga Perdana England

Jul 10, 2023 | 01:55 PM



LONDON: David de Gea akan meninggalkan Manchester United selepas 12 tahun – tapi di mana kedudukan beliau dalam kalangan mereka yang hebat dalam Liga Perdana England (EPL)?


Penjaga gawang asal Sepanyol itu akan meninggalkan kelab tersebut di akhir kontraknya dengan kelab tersebut enggan menyaingi permintaan gajinya sebanyak £375,000 ($648,000) seminggu yang ditandatanganinya pada 2019.

Namun pemain berusia 32 tahun itu boleh meninggalkan kelab tersebut dengan perasaan bangga, apatah lagi selepas memenangi anugerah Sarung Tangan Liga Perdana kedua kerana prestasi baiknya dalam musim lalu.

Berikut perbandingan De Gea dengan beberapa penjaga gawang hebat dalam Liga Perdana England (EPL).

Selepas bermain dalam pasukan Manchester United untuk tempoh yang lama, De Gea tidak dapat bersaing dengan beberapa pesaingnya untuk menjulang trofi.

Bersama United, beliau menang kejuaraan EPL, semasa Sir Alex Ferguson, memimpin kelab itu dalam musim terakhirnya (2012-2013).







Legenda United, Peter Schmeichel dan penjaga gawang Manchester City masa kini, Ederson, mempunyai lima pingat EPL setiap seorang.

De Gea juga menang satu Piala FA, dua Piala EFL dan satu Liga Europa.

Gawang ‘paling kebal’


Hanya tiga penjaga gawang sahaja yang mempunyai rekod ‘clean sheet’ paling banyak berbanding De Gea – dengan bekas penjaga gawang Chelsea dan Arsenal, Petr Cech, di tangga teratas dengan 202 perlawanan.

Clean sheet dicapai apabila sebuah penjaga gawang sesebuah pasukan itu tidak meloloskan gol dalam satu-satu perlawanan. 

Bekas penjaga gawang Liverpool, Aston Villa, West Ham, Manchester City dan Portsmouth, David James, di tangga kedua dengan 169 perlawanan.

Mark Schwarzer, yang pernah bermain dengan Middlesbrough, Fulham, Chelsea dan Leicester, di tangga ketiga dengan 151 perlawanan, sementara De Gea di tangga keempat dengan 147 perlawanan.

Musim lalu De Gea mempunyai 17 gawang yang bersih daripada bola yang lolos ke gawangnya lantas meletakkannya di atas penjaga gawang legenda lain seperti David Seaman, Nigel Martyn, Pepe Reina, Brad Friedel, Tim Howard dan Edwin van der Sar.

Bagi rekod gawang bersih untuk satu kelab, De Gea di tangga kedua di belakang Cech yang mempunyai 162 perlawanan semasa bersama Chelsea.

Selamatkan gawang


De Gea berada di tangga ketiga EPL bagi jumlah percubaan yang diselamatkan sejak terdapat rekod data bermula pada musim 2003-2004 –maka tiada perbandingan dibuat terhadap para penjaga gawang yang lebih awal.

Sepanjang 19 tahun itu, bekas penjaga gawang United yang kini bermain dengan pasukan Wrexham, Ben Foster, berada di tangga teratas –berjaya menyelamatkan 1,248 kali – dan ini dibantu dengan tempoh lama beliau bermain termasuk dengan pasukan lemah seperti Watford, Birmingham dan West Brom.

Finn Jussi Jaaskelainen, yang bermain dengan Bolton dan West Ham, di tangga kedua dengan 1,223 kali beliau selamatkan gawang.

De Gea menyusul dengan 1,157 kali beliau selamatkan gawang (atau 2.8 kali menyelamatkan gawang bagi setiap perlawanan), di atas Schwarzer, Cech dan penjaga gawang West Ham pada masa ini, Lukasz Fabianski.

Sejak penampilan De Gea dengan pasukan United, nisbah 72 peratus beliau menyelamatkan gawangnya dalam EPL meletakkannya di bawah Cech, Allison (Liverpool) dan Nick Pope (Newcastle).

De Gea membuat 415 penampilan EPL, dengan hanya enam penjaga gawang yang tampil lebih banyak kali dalam divisyen itu.

Itu boleh dianggap hebat apatah lagi De Gea tampil 57 kali untuk pasukan Atletico Madrid dalam La Liga sebelum beliau sertai United, dan pada usia 32 tahun beliau masih boleh tampil dalam 200 perlawanan liga.

Bekas penjaga gawang England, David James pula berada di senarai teratas dengan 572 perlawanan – dengan jumlah gol yang lolos pula 665 kali.

Schwarzer menyusul dengan 514 perlawanan dan jumlah gol yang lolos pula mencecah 653 jaringan.

Schwarzer, yang merupakan pemain asal Australia, mencatatkan rekod selaku pemain bukan Britain yang tampil paling banyak kali dalam EPL.

Sementara itu, pemain asal Republic Ireland, Shay Given, pula telah bermain 451 kali untuk Blackburn, Newcastle, Manchester City, Aston Villa dan Stoke, dan sebanyak 607 gol lolos ke gawangnya.

Brad Friedel yang bermain untuk Liverpool, Blackburn, Billa dan Tottenham pula bermain 450 perlawanan dengan 567 gol membolosi gawangnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >