Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hairul Syirhan rebut peluang kedua di kelab baru

Jun 18, 2023 | 05:31 AM



Sejak beberapa musim Liga Perdana Singapura (SPL) lalu, penjaga gawang muda Hairul Syirhan terkial-kial mencari tahap permainan konsisten yang dituntut jurulatihnya supaya beliau boleh dipilih menyertai kesebelasan utama.

Hairul, 27 tahun, hanya berjaya beraksi dalam 26 perlawanan sepanjang tiga musim bersama Geylang International pada 2019 hingga 2021.

Bagaimanapun, nasibnya berubah sejak menyertai Balestier Khalsa pada 2022.

Walaupun pasukannya menunjukkan prestasi mengecewakan sepanjang musim dan berakhir di tangga ketujuh dalam liga lapan pasukan itu, Hairul berjaya memahat tempat dalam kesebelasan utama dan diturunkan dalam 16 perlawanan.

Di bawah bimbingan jurulatih Peter de Roo, yang dilantik asalnya secara sementara pada Ogos 2022 tetapi dijadikan jurulatih tetap selepas tiga bulan, keyakinan Balestier termasuk Hairul semakin terserlah.

Hairul memulakan semua 14 perlawanan pertama musim ini, membantu Balestier menghuni tangga keempat SPL.

Dan ganjaran manis bagi beliau, yang pernah mewakili Singapura pada peringkat bawah 21 tahun, ialah menerima undangan sulungnya ke skuad Singa pada minggu lalu.

“Sejak kecil saya sentiasa mempunyai impian bermain untuk pasukan negara. Ia perjalanan yang panjang sebelum saya mendapat panggilan (ke skuad Singa). Dua tahun lalu, saya tidak banyak diturunkan dalam SPL dan sukar mencari ketekalan dalam prestasi,” kata Hairul ketika dihubungi Berita Minggu.


Dengan bimbingan De Roo, Hairul sudah semakin menemui rentaknya mempertahankan gawang.

“Pasukan (Balestier) pastinya telah membantu saya mendapat undangan ke skuad nasional ini, terutamanya jurulatih Peter, yang telah mendorong saya menjadi pemain lebih baik. Dalam latihan, jika saya fikir saya telah melakukan yang secukupnya, beliaulah yang akan menggalak saya untuk mencapai ke tahap seterusnya,” ujar Hairul.

Selain De Roo, Hairul mempunyai seorang lagi tokoh inspirasi dalam hidupnya, iaitu bapanya, pemain golf Singapura Mardan Mamat. 

“Beliaulah contoh teladan nombor satu saya. Beliau sentiasa menyokong saya sejak saya muda dan mencabar saya untuk menjadi lebih baik,” kata Hairul.

“Dahulu, beliau pernah bertanya sama ada saya boleh berjaya menjadi sebesar Fandi (Ahmad) dan masuk ke dalam pasukan nasional. Apabila saya mendapat undangan (ke pasukan nasional), saya fikir saya dapat membuktikan kepadanya,” tambah Hairul yang mula bergiat dalam bola sepak pada umur 16 tahun.

Hairul berkongsi bahawa beliau menganggap penjaga gol Manchester United, David de Gea sebagai idolanya kerana pemain itu menempuhi liku-liku yang serupa sebelum dianggap sebagai pemain yang berupaya.

“Beliau banyak membuat kesilapan apabila mula-mula menyertai United. Tetapi, beliau bekerja keras untuk memperbaiki prestasinya dan kini menjadi antara penjaga gol terbaik dunia,” ujar Hairul.

“Saya juga sepertinya — tidak diturunkan, membuat banyak kesilapan. Tetapi, saya akan terus berusaha untuk memperbaiki diri.”

Hairul salah seorang daripada lima wajah baru yang mendapat panggilan jurulatih Singa Takayuki Nishigaya bagi perlawanan persahabatan pada Jun. Pasukan Singapura bertemu Papua New Guinea pada Jumaat dan Solomon Islands pada Ahad dalam perlawanan persahabatan.

Mengulas pemilihan Hairul, Nishigaya berkata: 

“Hairul menyertai skuad ini bersama Zharfan (Rohaizad) antaranya untuk menambah persaingan bagi penjaga gawang lain. Kededua mereka telah bermain secara tetap dan konsisten dalam kelab mereka pada musim SPL ini dan mereka layak diberikan peluang ini.”

Pemain veteran, Hassan Sunny dan Syazwan Buhari adalah dua lagi penjaga gol yang disertakan dalam skuad Singa kali ini.

Perlawanan Singapura menentang Solomon Islands di Stadium Negara bermula pada 7.30 malam. Tiket masih boleh dibeli menerusi Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >