Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN PENCAK SILAT ASIA TENGGARA 2022

Kejohanan buka tirai selepas 2 tahun menyepi; Iqbal orak langkah kemenangan

Feb 26, 2022 | 05:39 AM



KEJOHANAN Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) kembali dianjurkan semula selepas dua tahun menyepi.



Seramai 91 pesilat dari Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam mengambil bahagian kejohanan yang bermula di OCBC Arena semalam di mana ia berlangsung sehingga esok.



Kejohanan edisi kelapan itu adalah kejohanan silat pertama diadakan di sini sejak Covid-19 melanda akhir 2019.



Dalam acara pembukaan Artistik Lelaki, pesilat Singapura, Muhammad Iqbal Abdul Rahman, meraih 9.94 markah, menewaskan pesilat Malaysia, Luqman Laji, yang mendapat 9.905 markah.



Menjelang temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, pesilat negara yang sedang mempergiat persiapan, berpeluang menguji ketangkasan mereka apabila bersaing dengan lawan serantau di kejohanan itu.



Kejohanan itu juga menyaksikan peraturan pertandingan pencak silat antarabangsa yang baru dilaksanakan buat kali pertama.



Peraturan terakhir ditukar pada 2013, telah dikemas kini untuk mencerminkan perkembangan seni mempertahankan diri di seluruh dunia. Beberapa perubahan utama termasuk membenarkan teknik yang sebelum ini tidak dibenarkan, seperti menarik dan mencengkam untuk melakukan teknik menjatuhkan lawan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, berkata peraturan baru itu "akan menjadikan padang permainan yang sama rata untuk semua atlet".



Juara dunia tiga kali, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, percaya peraturan baru itu akan membolehkan lebih banyak lagi kelonggaran semasa perlawanan.



"Saya rasa ia lebih bermanfaat untuk atlet yang tidak begitu artistik. Sebagai atlet peringkat tinggi, kebanyakan akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan.



"Perubahan ini tidak begitu besar sehingga anda akan kehilangan kelebihan anda, tetapi pada masa yang sama juga tidak terlalu kecil untuk diabaikan. Komponen utama silat dikekalkan, jadi Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara ini akan menunjukkan kami bagaimana atlet elit menyesuaikan diri," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >