SANTA CLARA (Amerika Syarikat): Kejohanan Copa America yang ke-100 Tahun dan sedang berlangsung di Amerika Syarikat kini dilanda krisis kecederaan pemain dan melibatkan bintang-bintang terulung selepas James Rodriguez menyertai Lionel Messi dan Luis Suarez sebagai antara mereka yang cedera.
Kejohanan yang mendapat julukan sebagai perhimpunan nama-nama terbesar dalam dunia bola sepak dilanda satu siri kecederaan dan pengunduran pemain dengan kejohanan yang melibatkan 16 pasukan yang bersaing di Amerika baru berusia dua hari.