Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kejohanan Wanita AFF: S’pura tewaskan Indonesia 2-0, catat kemenangan pertama sejak 2004

Jul 12, 2022 | 09:46 PM



PASUKAN wanita Singa menutup tirai kempen Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 mereka dengan cemerlang selepas berjaya menumbangkan pasukan Indonesia, yang dihimpit pemain yang kurang sihat dan cedera, 2-0 di Stadium Bola Sepak Binan di Filipina pada Selasa (12 Julai).



Dua gol, masing-masing dalam masa tambahan sebelum waktu rehat dan wisel penamat, cukup untuk memberikan Singapura, pasukan nombor 132 dunia, kemenangan pertama mereka dalam kejohanan serantau ini sejak 2004.



Dalam edisi tersebut, Singapura juga menumpaskan Indonesia, 1-0.



Izzati Rosni merebut peluang membolosi gawang Indonesia pada minit ke-48 selepas penjaga gawangnya, Fani, kurang kemas mempertahankan sepakan sudut. 



Pemain gantian Syazwani Ruzi pula menyempurnakan malam Singapura dengan jaringan melambungnya dari jarak dekat pada minit ke-91.



Pasukan Indonesia, yang menduduki tangga 95 dunia, memulakan perlawanan malam ini tanpa sembilan pemainnya. 



Difahamkan kumpulan pemain ini didapati kurang sihat. Namun, ia tidak didedahkan sama ada mereka disahkan positif bagi Covid-19.



Setiap pasukan dapat membawa sehingga 28 pemain ke kejohanan itu.



Justeru, Indonesia hanya mempunyai empat pemain di bangku simpanannya, berbanding Singapura, yang penuh dengan 12 pemain.



Bangku simpanan Indonesia menjadi lebih ‘kering’ apabila kapten Safira Kartini dan Viny Sunaryo dikeluarkan padang akibat kecederaan pada separuh pertama. 



Sementara itu, jurulatih Singapura Stephen Ng mengatur formasi permainan yang berbeza, 4-4-2, berbanding 3-5-2, yang digunakan dalam empat perlawanan sebelumnya.



Noor Kusmawati diturunkan dalam gawang malam ini, manakala kapten Ernie Sulastri, Umairah Hamdan, Dhaniyah Qasimah dan Nurhidayu Naszri membentuk pertahanan Singapura.



Midfield tengah negara diisi Dorcas Chu dan Venetia Lim. Farhanah Ruhaizat dan Putri Nur Syaliza pula beraksi di bahagian sayap, dengan penyerang Danelle Tan dan Izzati Rosni memimpin serangan pasukan. 



Singapura hanya mampu memungut satu mata menentang Malaysia dalam aksi pembukaan mereka, sebelum tewas kepada tuan rumah Filipina 0-7; juara empat kali kejohanan Thailand 0-3; dan juara edisi 2008 Australia 1-4.



Keputusan malam ini bermakna Singapura mengakhiri Kumpulan A seramai enam pasukan di tangga keempat dengan empat mata.



Hanya dua pasukan terbaik kumpulan mara ke pusingan separuh akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >