Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK WANITA

Kelab bola sepak Maghribi, Casablanca, di ambang sejarah

Kemajuan pasukan cerminkan perkembangan bola sepak wanita di Afrika, meski semua akur masih banyak ruang peningkatan
Nov 13, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Hanya empat tahun selepas ditubuhkan, Sporting Club Casablanca kini berpeluang menjadi juara bola sepak Afrika.


Kelab Maghribi itu, yang memulakan penampilan mereka di divisyen ketiga, berjaya melayakkan diri ke edisi ketiga Liga Juara-Juara Afrika Wanita selepas menang dalam kelayakan serantau Afrika Utara.

Kejohanan akhir lapan pasukan itu diadakan di Ivory Coast pada November, dan pasukan dari Casablanca itu memulakan kempen menentang tuan rumah Athletico Abidjan.

“Ia adalah detik yang sangat istimewa untuk kami,” kata presiden, Sporting Club Casablanca, Moad Oukacha.

“Sejak hari pertama tiada siapa yang menyangka selepas empat tahun kami akan berada dalam lapan kelab terbaik di Afrika.

“Semua pasukan di Afrika mengimpikan untuk bermain dalam pertandingan ini dan berjuang untuk bermain dalam pertandingan ini. Kami harus berbangga dengan apa yang telah kami lakukan.”

Casablanca adalah satu daripada lima pasukan yang membuat penampilan sulung pada 2023 bersama Athletico, Ampem Darkoa dari Ghana, kelab Tanzania JKT Queens dan pasukan Equatoguinean Huracanes.

“Ia adalah peluang baik untuk kami dan kami tidak mengambil mudah perkara ini,” kata pengurus, Ampem Darkoa, Eric Asoma.

“Para pemain sangat teruja kerana mereka mempunyai wadah untuk mempamerkan bakat mereka. Walaupun ia adalah penampilan sulung kami, kami menjangkakan untuk pergi jauh dan bersaing merebut trofi.”

Juara bertahan AS FAR, pemenang sulung Mamelodi Sundowns dan AS Mande dari Mali melengkapkan pasukan dalam pertandingan itu yang diadakan di luar Afrika Utara buat kali pertama.

Seperti dalam dua edisi pertama, pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan berdepan tiga perlawanan kumpulan sebelum dua pasukan teratas layak ke separuh akhir.

Perlawanan akan dimainkan di Korhogo dan San Pedro, dua bandar yang turut menganjurkan perlawanan semasa Piala Negara Afrika lelaki pada 2024, dengan perlawanan akhir akan diadakan di Stade Amadou Gon Coulibaly di Korhogo pada Ahad 19 November.

Pemenang akan memperoleh $400,000 (£330,000) daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) – hanya 10 peratus jumlah yang diterima oleh pemenang Liga Juara-Juara Afrika lelaki.

“Kami tidak berada di sini untuk membandingkan antara lelaki dengan wanita dan berapa banyak yang mereka dapat, tetapi saya berharap setiap tahun kami akan melihat peningkatan,” kata Oukacha.

“Ia hanya edisi ketiga Liga Juara-Juara. Saya rasa CAF perlu membuat rancangan untuk menambah jumlah ini dengan meningkatkan kepentingan pertandingan ini dengan menambah bilangan pasukan yang bermain.”

Liga Juara-Juara Afrika Wanita menyaksikan lebih sedikit perlawanan dimainkan berbanding pertandingan lelaki, yang mempunyai empat kumpulan dengan perlawanan di padang sendiri dan di padang lawan sebelum lapan pasukan mara ke peringkat kalah mati.

Permainan tersebut berlangsung sepanjang musim, bukannya dalam tempoh tiga minggu yang diperuntukkan untuk kejohanan wanita.

“Bola sepak wanita di Afrika masih berkembang dan tidak ada pelaburan yang mencukupi,” tambah pengurus, Ampem Darkoa, Asoma.

“Tetapi saya melihat pertandingan ini secara beransur-ansur menarik perhatian pelabur atau penaja dan saya percaya ini akan membantu mengembangkan bola sepak wanita.”

Oukacha percaya kekuatan permainan wanita di Afrika boleh dipertingkatkan dengan membenarkan lebih banyak kelab memasuki kelayakan serantau, malah menambah pertandingan benua kedua seperti Piala Konfederasi Caf lelaki.

Sporting Club Casablanca membelasah kelab Mesir Wadi Degla, tuan rumah Liga Juara-Juara 2021, 6-1 dalam perjalanan untuk memenangi kelayakan Kesatuan Persekutuan Bola Sepak Afrika Utara empat pasukan.

“Saya fikir langkah pertama ialah menambah bilangan pasukan yang bermain di peringkat zon dan kemudian merancang peningkatan untuk peringkat akhir, atau mengapa tidak pertandingan kedua seperti yang kita lakukan untuk lelaki?”, kata Oukacha.

Bagaimanapun, Kanizat Ibrahim, pengerusi bola sepak wanita di CAF, percaya Liga Juara-Juara Afrika Wanita telah “mentakrifkan semula” permainan wanita di benua itu.

“Edisi ketiga adalah peringatan besar tentang sejauh mana kita telah berkembang,” dakwanya.

“Apabila acara ini dilancarkan pada 2021, ia merupakan satu langkah berani ke arah yang betul. Ia telah membolehkan kami menyediakan peluang baharu untuk wanita bermain bola sepak dan mengambil bahagian di peringkat tertinggi.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >