Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA BOLA SEPAK

Saudi lahir minat jadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2035

Oct 22, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Arab Saudi mahu menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2035, kata pengarah teknikal pasukan wanita negara itu.


Negara Teluk itu telah pun membuat tawaran rasmi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia lelaki 2034.

“Saya percaya ia adalah masa depan yang cerah (untuk permainan wanita dan gadis di Arab Saudi),” kata Monika Staab pada persidangan Minggu Pemimpin di Twickenham.

Kenyataan kerajaan Saudi itu pasti menarik perhatian dunia dengan negara tersebut umumnya bersikap konservatif dan antaranya melarang aktiviti seksual sejenis selain terdapat juga kebimbangan mengenai hak wanita di daerah itu.

Ramai pemain bola sepak wanita amat terbuka mengenai seksualiti mereka, sekali gus mendorong beberapa pemain mengkritik agensi pelancongan Arab Saudi, Visit Saudi, setelah agensi itu menyerahkan saranan untuk menjadi penaja Piala Dunia 2023 di Australia dan New Zealand baru-baru ini.

Kritikan itu akhirnya membuat Fifa menggugurkan Saudi sebagai penaja, lebih-lebih lagi setelah negara tuan rumah sendiri menyatakan kekecewaan mereka dengan tajaan tersebut.

Arab Saudi sudah pun melahirkan minatnya secara rasmi untuk menjadi tuan rumah Piala Asia Wanita AFC pada 2026 dengan Australia merupakan satu lagi negara yang telah mengemukakan bidaan untuk membawa kejohanan itu ke negara ‘Down Under’.

Dalam pada itu, pasukan wanita Arab Saudi juga telah ditubuhkan pada 2022 meskipun belum bermain dalam kejohanan kompetitif.

“Saya memberitahu (pentadbir sukan) ia mengambil masa untuk pergi ke Piala Dunia. Saya tahu mereka mahu menjadi tuan rumah Piala Dunia lelaki – mengapa tidak menganjurkan Piala Dunia Wanita pada 2035?” kata Staab.

“Kami sedang menyediakan pasukan untuk sekurang-kurangnya bersaing di peringkat itu.”

Ada kemungkinan tawaran daripada Saudi boleh menjadi penyaing utama bagi England yang kini merupakan pendahulu dalam saingan untuk hak menjadi tuan rumah pertandingan 2035.

Pengerusi Persatuan Bola Sepak Wanita England, Debbie Hewitt, memberitahu akhbar The Times pada Mei bahawa badan induk itu sedang mempertimbangkan membuat tawaran untuk kejohanan 2031.


Bagaimanapun, jika bidaan bersama Jerman-Belanda-Belgium untuk 2027 berjaya, England perlu menerima hakikat hasratnya itu perlu ditangguh paling awal kepada 2035 kerana sistem tuan rumah yang bergilir antara benua.

Arab Saudi telah membuat pelaburan besar dalam sukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dituduh menggunakan acara kesukanan untuk ‘memperkukuh’ reputasinya.

Pelbagai pembaharuan telah dilaksana di bawah kepimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman termasuk memansuhkan larangan wanita memandu.

Beberapa pemain lelaki berprofil tinggi, termasuk Cristiano Ronaldo dan Neymar, kini bermain di Liga Pro Saudi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >