Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Kelab England alami nasib berbeza

Manchester City berentap lagi dengan PSG, Chelsea bertembung Juventus dan Liverpool bersaing dengan Atletico Madrid
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Juara Liga Perdana England Manchester City akan berentap lagi dengan Paris Saint-Germain, RB Leipzig dan Club Bruges di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.



Juara bertahan Chelsea pula akan bertemu pasukan gergasi dari Serie A Italy Juventus, kelab Russia Zenit St Petersburg dan Malmo dari Sweden.



Manchester United pula akan bertemu Villareal - pasukan yang menewaskan mereka di final Liga Europa musim lalu, kelab Serie A Atalanta dan Young Boys dari Switzerland.



Liverpool, pasukan dari Britain yang paling berjaya di Eropah, pula berada dalam kumpulan yang dianggap paling sukar, bersama juara La Liga Sepanyol Atletico Madrid, juara Portugis FC Porto dan AC Milan dari Serie A.



Kelab-kelab dari England mengalami nasib yang bercampur selepas undian bagi peringkat kumpulan dijalanan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).



City, yang pada musim lalu mara ke final tetapi ditewaskan Chelsea, akan berdepan dengan PSG.



Perlawana itu menjadi perhatian kerana ia menemukan pengurus City Pep Guardiola dengan Lionel Messi.



Gandingan pengurus-pemain tunggak pasukan Barcelona yang memenangi banyak Liga Juara-Juara pada awal tahun 2000-an.



Perlawanan itu juga boleh menemukan Messi dengan seteru lamanya, Cristiano Ronaldo, yang telah dikaitkan dengan City.



Musim lalu, City bertemu PSG di peringkat separuh akhir dan memenangi perlawanan dengan kiraaan agregat 4-1.



Kelab Bundesliga RB Leipzig pula tidak boleh diketepikan dengan mudah.



Ia menewaskan Manchester United dan menyingkirkan kelab itu dari peringkat kumpulan pada musim lalu.



Liverpool, yang telah memenangi pertandingan ini enam kali perlu beraksi pada tahap terbaik selepas diundi dengan kelab-kelab yang kuat.



Ia perlu mengatasi cabaran daripada juara bertahan La Liga Atletico, juara Eropah dua kali Porto dan juara Eropah enam kali AC Milan.



Pada 2005, Liverpool menewaskan Milan di final di Istanbul, tetapi Milan menebus kekecewaan itu dengan menewaskan Liverpool di final dua tahun menyusuli itu.



Tugas paling sukar bagi juara bertahan Chelsea adalah untuk mengatasi Juventus. Ia dijangka tidak bermasalah mengatasi Zenit dan Malmo.



Dalam pada itu, Ole Gunnar Solskjaer dijangka senang hati dengan undian kumpulan, selepas United tersingkir daripada peringkat tersebut musim lalu.



Beliau juga berpeluang menebus kekecewaan kalah kepada Unai Emery di final Liga Europa musim lalu. - Agensi berita




PERINGKAT KUMPULAN



Manchester City



Paris Saint-Germain

RB Leipzig

Club Bruges



Chelsea



Juventus

Zenit St Petersburg

almo



Manchester United



Villareal

Atalanta

Young Boys



Liverpool



Atletico Madrid

Porto

AC Milan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >