Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kelab EPL tetap komited pada pertandingan Uefa

Dec 22, 2023 | 12:45 PM
TIDAK ADIL: Presiden Liga Sepanyol (La Liga), Javier Tebas, sedang berkongsi pendapat beliau dalam persidangan media di Madrid tentang keputusan Uefa dan Fifa melanggar undang-undang EU apabila mereka menghalang pembentukan Liga Super.
TIDAK ADIL: Presiden Liga Sepanyol (La Liga), Javier Tebas, sedang berkongsi pendapat beliau dalam persidangan media di Madrid tentang keputusan Uefa dan Fifa melanggar undang-undang EU apabila mereka menghalang pembentukan Liga Super. - Foto EPA-EFE

LONDON: Manchester United dan Bayern Munich berkata mereka tetap komited untuk bermain dalam pertandingan kendalian Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa).

Ini walaupun keputusan mahkamah Kesatuan Eropah (EU) pada 21 Disember mengatakan bahawa Uefa dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) telah melanggar undang-undang EU dengan menghalang pembentukan Liga Super.

Uefa menegaskan “keputusan itu tidak menandakan pengesahan Liga Super” manakala Fifa berkata ia “kini akan menganalisis keputusan itu dengan penyelarasan dengan Uefa, persekutuan dan ahli persatuan lain sebelum memberi komen lanjut”.

United merupakan salah satu daripada 12 kelab yang terlibat dalam pembentukan Liga Super pada April 2021 namun menarik diri akibat bantahan daripada penyokong, kerajaan Britain dan pemain.

“Kedudukan kami tidak berubah. Kami kekal komited sepenuhnya untuk menyertai pertandingan Uefa, kerjasama positif bersama Uefa, Liga Perdana England (EPL), dan rakan-rakan kelab demi pembangunan berterusan permainan Eropah,” kata United.

Liverpool, Manchester City, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal merupakan lima kelab EPL yang juga terlibat.

EPL pula menyatakan kelab akan dikenakan pemotongan 30 mata jika mereka cuba untuk melakukan perkara serupa pada masa hadapan dan kelab masing-masing akan didenda £25 juta ($42 juta) bagi apa jua percubaan untuk memisahkan diri daripada EPL.

Bayern Munich, salah satu kelab yang menolak tawaran Liga Super pada 2021, juga berkata mereka tetap komited dengan pertandingan Uefa. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg