Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Anfield perlu sorakan dan sokongan kuat jelang perlawanan menentang Arsenal

Dec 21, 2023 | 01:27 PM



LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, telah memberi amaran kepada penyokong di Anfield untuk memberikan tiket mereka kepada penyokong lain jika mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.  


Ini sempena perlawanan penting Liga Perdana England (EPL) dengan Liverpool akan bertemu dengan pendahulu liga, Arsenal, pada 24 Disember. 

Klopp mengkritik suasana di Anfield itu selepas kemenangan 5-1 ke atas West Ham pada suku akhir Piala Carabao (EFL) pada 21 Disember. 

Ini merupakan kemenangan terbesar Liverpool musim ini, yang akan bertemu Fulham dalam dua perlawanan separuh akhir piala tersebut. 

Namun, walaupun terdapat gol daripada Dominik Szoboszlai, Cody Gakpo, Mohamed Salah dan Curtis Jones yang menjaringkan dua gol, Klopp berasa suasana di stadium Anfield itu kurang meriah.

Selepas perlawanan seri tanpa gol dengan Manchester United pada 18 Disember, pengulas televisyen, Gary Neville berkata, “suasana di Anfield itu adalah yang terburuk pernah saya lihat di Anfield”.

“Saya sentiasa memuji penyokong Liverpool. Ini adalah penyokong terbesar dalam 60 atau 70 tahun. Tetapi ini juga adalah penyokong yang paling senyap yang pernah saya lihat dalam perlawanan ini,” ujar Neville.

Klopp turut mengkritik suasana di Anfield itu selepas kemenangan menentang West Ham. 

“Ketika pasukan kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama, saya tidak terlalu gembira dengan suasana di belakang saya (penonton),” kata Klopp.

“Saya berfikir ‘apa yang penyokong mahukan?’ Kami menguasai West Ham dengan hebat dan terlepas beberapa peluang. Jika saya di tempat duduk penonton, saya pasti akan bersorak.”

“Saya tidak pasti sama ada perlawanan dengan United yang berkesudahan seri tanpa gol pada 18 Disember itu begitu teruk sehingga kami perlu meminta maaf kepada mereka?” ujar Klopp.

Liverpool kini menduduki tangga kedua dalam EPL dan hanya satu mata di bawah pendahulu liga, Arsenal.

“Kami perlukan sorakan Anfield untuk perlawanan menentang Arsenal,” kata Klopp.

“Arsenal tidak mempunyai sebarang perlawanan pada minggu ini. Sesiapa yang tahu tentang mereka, tahu mereka akan lebih bersedia. Justeru, kami perlukan sokongan Anfield dari awal hingga akhir perlawanan.”

“Jika jadual perlawanan bola sepak terlalu padat pada Disember, dan anda tidak berada dalam keadaan yang sesuai, serahkan tiket anda kepada penyokong lain,” tambah Klopp. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >